Harian Metro

KOLABORASI MENYENTUH HATI

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Sempena kempen Terima Kasih bagi sambutan Aidilfitri, Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) berkolabor­asi dengan penyanyi terkenal Faizal Tahir untuk menghasilk­an dokumentar­i muzik menerusi lagu Starfeathe­r.

Karya ciptaan Faizal itu turut diangkat sebagai lagu tema kempen Terima Kasih tahun ini.

Faizal atau nama sebenarnya Ahmad

Faizal Mohammad Tahir berkata, dokumentar­i itu memaparkan pengalaman­nya mendekati kanak-kanak istimewa sebuah tadika bagi menyampaik­an mesej ‘terima kasih’ kepada khalayak ramai.

“Pengalaman itu membuka mata dan hati saya supaya sentiasa bersyukur,” katanya.

Menurut penyanyi berusia 39 tahun itu, usaha sedemikian memberi inspirasi dan motivasi kepada orang ramai.

“Pada masa sama, golongan istimewa ini turut memberi inspirasi kepada kita.

“Saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada kanak-kanak ini kerana berkongsi detik istimewa itu,” katanya.

Kolaborasi itu menyentuh hati Faizal yang aktif dalam aktiviti kemanusiaa­n.

Pada mulanya,

Faizal cuba mendekati kanak-kanak berkenaan yang kehilangan upaya pendengara­n.

Dia sedih apabila tidak dapat berinterak­si secara langsung dengan kanakkanak terbabit kerana tidak dapat mendengar apa yang ingin disampaika­nnya.

Bagaimanap­un, kanakkanak terbabit menerima kunjungan Faizal dengan hati berbuka dan memulakan langkah untuk menunjukka­n cara untuk berkomunik­asi dengan mereka.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MPTN, Johan Ishak berkata, dokumentar­i terbabit dihasilkan bagi mendidik orang ramai supaya sentiasa mengamalka­n nilai baik hati dan bersyukur.

“Saban tahun, setiap organisasi menghasilk­an iklan Aidilfitri menarik beserta mesej kemasyarak­atan.

“Kali ini, MPTN memilih untuk berkolabor­asi dengan

Faizal menerusi pendekatan berbeza,” katanya.

Selain disiarkan di televisyen, dokumentar­i muzik Starfeathe­r boleh disaksikan di Youtube @ TV3Malaysi­a.

Maklumat lanjut boleh layari laman web www. xtra.com.my

 ??  ??
 ??  ?? FAIZAL meluangkan masa bersama kanak-kanak istimewa di Pavilion Kuala Lumpur
FAIZAL meluangkan masa bersama kanak-kanak istimewa di Pavilion Kuala Lumpur
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia