Harian Metro

BEBAS meMADU ASMARA

-

main galak pasangan kekasih pengarah dan pelakon popular ini yang dengar cerita sudah setahun duduk sebumbung tanpa ikatan pernikahan sah.

Kata teman SS yang kebetulan tinggal di kejiranan sama dengan pasangan kekasih itu, dia pelik kerana pasangan ini bebas memadu asmara di kediaman si pengarah tanpa dikenakan tindakan.

SS ada juga cuba merisik mengapa tiada laporan berkhalwat dilakukan ke atas mereka, tetapi teman SS mengadu perkara itu tidak dapat dilakukan kerana pasangan itu tinggal di kawasan yang majoritiny­a bukan beragama Islam.

SS ada juga menasihati teman SS supaya membuat sahaja laporan berkaitan dan berharap aktiviti maksiat yang berlaku diberi perhatian sewajarnya.

SS harap kesempatan Ramadan yang berbaki beberapa jam ini, pasangan itu dapat menggunaka­nnya untuk bertaubat selagi Allah bagi peluang.

Bukan apa, bimbang kalau pihak jabatan agama datang membuat serbuan, maruah mereka tercalar dan ini akan membusukka­n lagi nama mereka di dalam industri.

Kepada umat Islam yang ternampak perkara maksiat sebegini elok ditegur pelaku ya! Jangan takut walaupun berdepan cabaran sebab sudah kewajipan untuk kita menjaga kesucian Islam.

dalam Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) semakin meruncing kebelakang­an ini.

Kata teman SS, ramai ahli PFM dipercayai mengadu perihal ketidakadi­lan yang berlaku dalam persatuan termasuk isu dana filem yang didakwa berat sebelah dan penuh tipu helah.

Malah, teman SS turut mengadu kebanyakan ahli PFM meminta beberapa ahli jawatan tertinggi dalam persatuan itu meletakkan jawatan kerana gagal membentuk arah tuju yang sepatutnya.

Dedah teman SS lagi, ada antara AJK tertinggi dilantik kerana lantikan politik yang dulu dan kebanyakan keputusan dibuat berat sebelah sehingga mengabaika­n hak penerbit kecil lain yang tidak mendapat sokongan sepatutnya.

SS harap dengan perubahan tampuk kerajaan sekarang, elok sikap yang tidak sepatutnya wujud sebelum ini diubah bagi memajukan industri perfileman yang terumbang-ambing.

Jangan sehingga semua orang sudah benci, baru terhegeh-hegeh mahu letak jawatan kerana ia akan memberi implikasi buruk pada masa depan.

Mungkin sudah tiba masa pembaharua­n dilakukan dalam PFM demi kemajuan industri filem tanah air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia