Harian Metro

Tunjuk samseng

- Hasbi Sidek cnews@nstp.com.my

 Lelaki tikam bonet, pecah cermin akibat tak puas hati cara kereta dipandu

Seorang lelaki ‘naik hantu’ dan bertindak menikam bonet serta memecahkan cermin sebuah kereta Proton Persona di Bulatan Segambut, menghala ke ibu kota di sini, berikutan berang terhadap cara pemanduan pemilik kenderaan itu.

Dalam kejadian 7.20 malam kelmarin, suspek turut mengarahka­n pemandu kereta Proton Persona itu supaya keluar dari kenderaan namun sempat diredakan beberapa pengguna jalan raya lain.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, lelaki itu bagaimanap­un ditahan di Balai Polis Sentul sejurus tampil membuat laporan berhubung insiden berkenaan.

“Berdasarka­n siasatan awal, kejadian berlaku apabila seorang lelaki berusia 19 tahun yang memandu kereta Proton Persona ditahan seorang lelaki memandu kenderaan model Perodua Axia di Bulatan Segambut.

“Suspek mendakwa mangsa memandu dengan cara tidak betul. Suspek berang sebelum menikam bonet kereta mangsa menggunaka­n pisau, membaling batu pada cermin selain memecahkan cermin kenderaan menggunaka­n alat penginjak kereta (jack),” katanya, semalam.

Beliau berkata, mangsa bagaimanap­un tidak keluar dari kenderaan kerana bimbangkan keselamata­nnya.

“Beberapa pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal berhenti dan meminta suspek supaya berhenti daripada meneruskan tindakanny­a merosakkan kenderaan mangsa.

“Kejadian turut dirakam pemandu lain ketika kejadian. Selepas kejadian itu, seorang lelaki berusia 30 tahun tampil di Balai Polis Sentul untuk membuat laporan namun pihak kami menahannya untuk membantu siasatan.

“Ini kes buli jalan raya. Pihak kami meneruskan siasatan mengikut Seksyen 506 dan 427 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah serta melakukan perbuatan khianat,” katanya.

 ??  ?? KERETA mangsa yang dirosakkan suspek berhampira­n Bulatan Segambut, semalam.
KERETA mangsa yang dirosakkan suspek berhampira­n Bulatan Segambut, semalam.
 ??  ?? BEBERAPA penunggang motosikal memujuk suspek supaya berhenti merosakkan kenderaan mangsa.
BEBERAPA penunggang motosikal memujuk suspek supaya berhenti merosakkan kenderaan mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia