Harian Metro

48 jam siap video pendek

- Syanty Octavia Amry news@nstp.com.my

 Tiga penuntut Limkokwing menang pertanding­an filem pendek di China

Tiga penuntut Universiti Limkokwing berjaya mengharumk­an nama Malaysia apabila memenangi pertanding­an

yang berlangsun­g Guiyang, China bermula 25 hingga 31 Mei lalu.

Tiga penuntut itu adalah Raja Mohamad Amin Raja Azhar, Saidatul Nurlin Ahmad Hishamnuri dan Edwin Tan Leng Phil.

Mereka adalah pelajar semester akhir Sarjana Filem, Digital dan Televisyen yang terpilih untuk menyertai pameran itu.

Pertanding­an anjuran Universiti Sains dan Teknologi Qingdao itu turut disertai 22 universiti daripada seluruh negara termasuk Korea Selatan, Perancis, Jerman, Tanzania, Amerika Syarikat dan China.

Penuntut Malaysia itu yang melakukan usaha berpasukan memenangi empat kategori iaitu Sinematogr­afi Terbaik, Pengarah Terbaik, Anugerah Paling Popular dan Anugerah Khas Juri.

Berkongsi kegembiraa­n itu, Raja Mohamad Amin berkata, ini adalah pertama kali mereka menyertai pertanding­an seumpama itu dan tidak menyangka mendapat perhatian juri.

“Penyertaan kami adalah atas dorongan pensyarah kami iaitu Dr Li Qiao yang menghantar nama kami ke pertanding­an berkenaan,” katanya. Berkongsi pengalaman selama tujuh hari di sana, Raja Mohamad Amin berkata, mereka diberi pengetahua­n budaya negeri Guiyang, China dan dibawa ke beberapa tempat sekitar kawasan Guiyang untuk membina idea unik masing masing.

“Kami diberi tempoh 48 jam untuk menyiapkan satu filem pendek mengikut kreativiti sendiri. Saya sebagai Ketua Kumpulan mengambil tanggungja­wab sebagai pengarah dan jurukamera, Saidatul Nurlin membantu sebagai pengurus produksi dan Edwin Tan sebagai penyunting untuk filem pendek kami,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia