Harian Metro

Remaja tak mengaku cabul

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@hmetro.com.my

Seorang remaja dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tuduhan mencabul kanak-kanak perempuan, tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Haziq Aiman Azhar, 18, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Zaman Mohd Noor.

Tertuduh didakwa mencabul mangsa berusia 13 tahun di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Binjai di sini pada jam 7 pagi hingga

8.30 pagi, 5 Ogos 2017.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta 792 Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh tidak ditawarkan jaminan dengan mengambil kira kesalahan serius membabitka­n kanak-kanak.

Bulan Ramadan sudah kian menghampir­i noktah namun golongan kaki ponteng puasa atau dikenali Geng Plastik Hitam terus menjadikan beberapa restoran mamak sekitar ibu kota sebagai lokasi untuk mendapatka­n bekalan makanan.

Tinjauan wartawan Harian Metro semalam, mendapati pelbagai gelagat kaki ponteng puasa dapat dilihat di beberapa restoran sekitar Bangsar, Cheras dan Gombak sekitar jam 11 pagi hingga 2 petang.

Sepanjang tempoh tiga jam pemantauan, terdapat kira-kira 50 individu yang kebanyakan­nya lelaki muncul membeli bungkusan nasi di salah sebuah restoran terletak di Bangsar di sini.

Turut mencuri perhatian wartawan apabila kaki ponteng puasa ini berkumpul di hadapan premis dan menggunaka­n bahasa isyarat yang hanya difahami peniaga untuk memilih lauk dijual.

Kebanyakan mereka

ini

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia