Harian Metro

Enggan tarik balik artikel

-

Lumpur: Prosiding menghina mahkamah oleh National Feedlot Corporatio­n Sdn Bhd (NFCorp) dan pengerusin­ya, Datuk Seri Mohd Salleh Ismail terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli diteruskan dengan perbicaraa­n.

Ia berikutan Mohd Rafizi enggan menarik balik artikel berhubung NFCorp daripada blog dan akaun Facebook miliknya.

Perkara itu dimaklumka­n peguam Noor Farhah Mustaffa yang mewakili NFCorp dan Mohd Salleh selepas selesai pengurusan kes itu di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad.

Menurutnya, kedua-dua gagal mencapai sebarang persetujua­n bagi menyelesai­kan kes iu secara baik.

Sementara itu, peguam Ng Siau San yang hadir bagi mewakili Mohd Rafizi berkata, anak guamnya tidak bersetuju dengan beberapa syarat yang dikemukaka­n kedua-dua plaintif.

Oleh itu katanya, mahkamah menetapkan 24 Ogos ini untuk mendengar permohonan itu.

Prosiding menghina mahkamah (komital) itu berkaitan dua artikel yang disiar di blog Rafizi dan empat artikel di Keadilanda­ily.com, yang berkaitan dengan NFC.

Pada 23 Mei 2017, NFCorp dan Mohamad Salleh memperoleh kebenaran memulakan prosiding menghina mahkamah (komital) terhadap Rafizi selepas bekas Ahli Parlimen Pandan itu tetap menerbitka­n beberapa artikel mengenai mereka walaupun terdapat perintah mahkamah menghalang­nya berbuat demikian.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Oktober 2016 memutuskan begitu selepas mendapati Rafizi memfitnah suami kepada bekas Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil itu berhubung pembelian hartanah KL Eco City.

Rafizi juga diperintah­kan membayar ganti rugi RM200,000 kepada NFCorp dan Mohamad Salleh serta kos RM100,000.

 ??  ?? MOHD Rafizi
MOHD Rafizi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia