Harian Metro

Berjudi malam Ramadan

 12 individu ditahan leka bertaruh dalam talian

- Nurul Hidayah Bahaudin am@hmetro.com.my

Selain 16 individu ditahan itu, kami turut merampas 66 komputer riba yang digunakan untuk judi dalam talian selain sistem kawalan utama dan empat modem”

Mohd Zani Che Din

Ketika umat Islam sedang khusyuk mengerjaka­n solat Tarawih di masjid berhampira­n namun berbeza bagi 12 individu yang didapati leka bertaruh judi dalam talian.

Semua mereka bagaimanap­un diberkas polis dalam serbuan aktiviti judi dalam talian (Op DaduJOL) di empat premis sekitar Sunway Mentari, di sini, malam kelmarin hingga pagi semalam.

Dalam serbuan bermula jam 10 malam itu, seramai 12 ‘kaki judi’ dan empat penjaga premis berusia 25 hingga 57 tahun ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, seramai dua pegawai dan 10 anggotanya terbabit dalam operasi itu.

“Hasil pemeriksaa­n terhadap empat premis berkenaan, kami mendapati wujud aktiviti judi dalam talian dijalankan di lokasi itu.

“Selain 16 individu ditahan itu, kami turut merampas 66 komputer riba yang digunakan untuk pertaruhan judi dalam talian selain sistem kawalan utama dan empat modem,” katanya.

Mohd Zani berkata, pihaknya turut merampas wang tunai pertaruhan berjumlah RM848 dalam serbuan itu.

“Semua individu yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan mengikut Seksyen 4B (A) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.

 ??  ?? MOHD Zani menunjukka­n komputer riba yang digunakan sebagai mesin judi dalam talian dalam Op DaduJOL di empat premis sekitar Sunway Mentari, Petaling Jaya, semalam.
MOHD Zani menunjukka­n komputer riba yang digunakan sebagai mesin judi dalam talian dalam Op DaduJOL di empat premis sekitar Sunway Mentari, Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia