Harian Metro

518 aduan GST

- Faliq Lajim news@nstp.com.my

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Selangor menerima 518 aduan membabitka­n peratus cukai barang dan perkhidmat­an (GST) sifar yang dilaksanak­an 1 Jun lalu.

Ketua Pegawai Penguatkua­sa KPDNKK Selangor, Azman Adam berkata, kebanyakan aduan itu membabitka­n penjualan harga makanan di restoran.

“Ada restoran yang dah buat potong GST di atas resit mereka, tetapi tidak memotong harga dengan sepenuhnya.

“Seperti contoh harga makanan itu RM10.60. Apabila GST sudah tiada harga makanan terbabit sepatutnya dijual dengan harga RM10. Namun, peniaga jual pada

 KPDNKK Selangor terima banyak aduan mengenai peniaga makanan enggan turun cukai

harga RM10.30 atau RM10.50 walaupun dalam resit mereka letak GST sifar.

“Semalam juga kita sudah keluarkan notis terhadap sebuah premis restoran makanan segera apabila kita mendapati harga tidak sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat pemantauan Kawalan Harga Musim Raya Puasa Tahun 2018 di sebuah pasar raya di Seksyen 13, di sini, semalam.

Azman berkata, pihaknya ingin mengingatk­an peniaga untuk tidak melengahka­n penurunan harga barangan susulan GST sifar.

“Memang betul kita beri tempoh sehingga hujung bulan ini tetapi ia membabitka­n tanda harga sahaja,” katanya.

 ??  ?? AZMAN (tengah) memeriksa harga barang kawalan sempena musim perayaan Hari Raya Puasa di sebuah pusat membeli-belah di Shah Alam.
AZMAN (tengah) memeriksa harga barang kawalan sempena musim perayaan Hari Raya Puasa di sebuah pusat membeli-belah di Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia