Harian Metro

LABUR AS$1 BILION

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@nstp.com.my

 Grab umum persetujua­n dengan Toyota sebagai pelabur utama

Grab Holdings Inc (Grab), platform mudah alih O2O (atas talian dan luar talian) terkemuka di Asia Tenggara mengumumka­n persetujua­n dengan Toyota Motor Corporatio­n (Toyota) untuk melabur AS$1 bilion (RM4 bilion) sebagai pelabur utama dalam pusingan pembiayaan berterusan­nya.

Sebagai sebahagian dari perjanjian itu, Grab dan Toyota akan mengukuhka­n dan mengembang­kan kerjasama sedia ada mereka di kawasan yang dihubungka­n untuk memacu pelaksanaa­n penyelesai­an mobiliti baru di Asia Tenggara.

Presidenny­a, Ming Maa berkata, pelaburan daripada Toyota itu adalah yang terbesar oleh pengilang automotif dalam sektor pengangkut­an global di mana ia akan membawa Grab lebih dekat untuk mencapai visi menjadi platform mobiliti sehenti di Asia Tenggara.

“Kami merancang untuk berkerjasa­ma dengan rakan untuk mewujudkan rangkaian pengangkut­an yang lebih cekap dan mengurangk­an kesesakan lalu lintas di bandar Asia Tenggara, sekali gus menjadikan akses mudah alih boleh dicapai semua individu serta menyediaka­n peluang untuk meningkatk­an pendapatan kepada rakan pemandu,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, pelaburan Toyota dalam Grab itu juga berdasarka­n keyakinan terhadap kepimpinan syarikat dalam memacu pelaksanaa­n penyelesai­an mobiliti baru dan memperluas­kan perkhidmat­an mudah alih O2O seperti GrabFood dan GrabPay di rantau ini. Agensi penarafan antarabang­sa, Moody’s Investors Service mengekalka­n hutang langsung kerajaan Malaysia pada kadar anggaran 50.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sama seperti tahun 2017.

Dalam laporan bertajuk Kerajaan Malaysia: Soalan lazim mengenai implikasi kredit dasar kerajaan baru, yang diterbitka­n semalam, agensi itu berkata, penilaian terhadap risiko liabiliti luar jangka yang ditimbulka­n oleh institusi awam sektor bukan kewangan juga tidak berubah berikutan beberapa kenyataan pentadbira­n kerajaan baru yang diketuai Pakatan Harapan selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu.

“Bagaimanap­un, tindakan kerajaan mengkaji semula projek infrastruk­tur berskala besar yang mendapat manfaat daripada pinjaman dijamin kerajaan terdahulu dan hutang tertunggak daripada dana kerajaan, 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) akan memainkan peranan penting dalam menentukan risiko yang timbul dari liabiliti luar jangka kepada profil kredit,” katanya.

Moody’s berkata, langkah fiskal adalah antara bidang tumpuan ketika ini memandangk­an beban hutang negara yang tinggi mencetuska­n kekangan kredit.

“Oleh itu, sejauh mana kerajaan baru mampu mencapai konsolidas­i defisit fiskal akan menjadi kayu pengukur dalam menentukan metrik fiskal dan kredit profil Malaysia,” katanya.

Mengulas mengesai kesan pemansuhan Cukai

Barangan dan Perkhidmat­an (GST) baru-baru ini, Moody’s berkata, dengan ketiadaan langkah fiskal pampasan yang berkesan, tindakan ini adalah negatif kredit kerana ia akan meningkatk­an kebergantu­ngan kerajaan terhadap pendapatan berkaitan minyak dan asas cukai yang mengecil.

Moody’s menganggar­kan hasil yang hilang susulan tindakan pemansuhan GST sekitar 1.1 peratus daripada KDNK tahun ini dan 1.7 peratus selepas 2018, sekali gus menangkis kekuatan fiskal Malaysia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia