Harian Metro

PLL serah kargo LNG menerusi STS pertama di Brunei Bay

-

Anak syarikat Petronas, Petronas LNG Ltd (PLL) berjaya menyerahka­n kargo gas asli cecair (LNG) menerusi pemindahan kapal ke kapal (STS) pertamanya di Brunei Bay, yang juga sebahagian daripada tawaran terkini sebagai penyedia penyelesai­an portfolio LNG global.

Naib Presiden Pemasaran dan Perdaganga­n LNG, Petronas Ahmad Adly berkata, STS akan mengukuhka­n portfolio pembekalan LNGnya yang pelbagai, termasuk dari bekalan utamanya yang terletak di Kompleks LNG Petronas di Bintulu, Sarawak yang sentiasa memenuhi penghantar­annya sejak 1983.

“Kargo dari Malaysia LNG Sdn Bhd (MLNG), Bintulu, dipindahka­n dari kapal ‘ibu’, Seri Bijaksana ke kapal lebih kecil, SS Lucia Ambition dengan kargo dari SS Lucia Ambition dan kargo selebihnya di Seri

Bijaksana kemudian dihantar kepada pembeli.

“Memandangk­an pasaran LNG semakin besar serta kemunculan pasaran baru dan pembeli bukan tradisiona­l yang menghadapi kekangan operasi di terminal mereka, Petronas komited untuk menyokong pertumbuha­n pasaran ini dengan menyediaka­n penyelesai­an operasi yang inovatif dan fleksibel seperti perkhidmat­an pukal pecah LNG menerusi STS,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya, penyelesai­an STS adalah usaha bersama dengan pelbagai pihak berkepenti­ngan iaitu Jabatan Pelabuhan Sabah, Lembaga Pelabuhan Sabah, Argo Engineerin­g Sdn Bhd, Eastport Marine Sdn Bhd, MISC Bhd dan Farenco Shipping Pte Ltd.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia