Harian Metro

Menang 30 telefon

 ‘YES 30 Days 30 Phones’ buat pelanggan baru

- Syarifah Dayana Syed Bakri cnews@nstp.com.my

YTL Communicat­ions Sdn Bhd melalui rangkaian YES menawarkan 30 telefon pintar baru selama 30 hari melalui peraduan ‘YES 30 Days 30 Phones’.

YTL Communicat­ions dalam kenyataan berkata, peraduan berkenaan terbuka kepada pelanggan baru yang berpeluang memenangi telefon pintar setiap hari.

“Sempena musim perayaan ini, peraduan berkenaan diadakan mulai sekarang hingga 7 Julai nanti dan dibuka untuk pelanggan baru pascabayar atau prabayar.

“YES juga akan memberikan telefon pintar percuma untuk setiap pendaftara­n baru bagi pelan pascabayar 4G LTE,” katanya.

Menurutnya, sepanjang tempoh peraduan ini, pihaknya akan menampilka­n siri telefon pintar yang berbeza setiap hari.

“Semua telefon pintar ini berkeupaya­an 4G LTE termasukla­h Vivo V9, Huawei P20 Pro dan Samsung Galaxy S9.

“Pelanggan hanya perlu mengikut langkah yang ditetapkan untuk memenangi telefon pintar yang ditawarkan,” katanya.

Pelanggan perlu mendaftar mana-mana pelan pakej peranti YES 4G LTE atau membeli pek prabayar SIM YES 4G LTE serta tambah nilai minimum RM10 dalam tempoh peraduan.

Setiap pembelian atau pendaftara­n, pelanggan akan diberikan nombor tertentu bergantung kepada pelan yang dilanggan.

Setiap pelanggan berpeluang menghantar sehingga 40 penyertaan.

Seterusnya, pelanggan perlu ‘like’ laman Facebook Yes4G. Pelanggan yang disenarai pendek akan dihubungi melalui telefon dan perlu menjawab tiga soalan mudah.

Sekiranya, dapat menjawab soalan yang dikemukaka­n, maka pelanggan itu akan diumumkan sebagai pemenang.

 ??  ?? YTL Communicat­ions melalui rangkaian YES menawarkan 30 telefon pintar baru selama 30 hari melalui peraduan ‘YES 30 Days 30 Phones’.
YTL Communicat­ions melalui rangkaian YES menawarkan 30 telefon pintar baru selama 30 hari melalui peraduan ‘YES 30 Days 30 Phones’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia