Harian Metro

BMW JADI KERANDA

 Anak kebumikan bapa dalam kereta mewah untuk tunai janji

- Daily Mail

Seorang lelaki mengebumik­an mayat bapanya dalam kereta mewah BMW baru untuk menunaikan janji membelikan mendiang kereta baru serta mengucapka­n selamat tinggal kepada bapanya dengan penuh bergaya.

Lelaki dikenali sebagai Azubuike itu, kehilangan bapanya yang meninggal dunia akibat penyakit tua baru-baru ini.

Menurut media tempatan, Azubuike pernah berjanji membelikan bapanya sebuah kereta mewah.

Apabila bapanya meninggal dunia di kampung terpencil di Ihiala, Nigeria, Azubuike dilaporkan membelanja­kan £66,000 (RM351,634) untuk membeli sebuah kereta BMW baru.

Dia kemudian meletakkan mayat bapanya di tempat duduk pemandu kereta itu yang dijadikan sebagai keranda sebelum ditanam.

Sekeping gambar upacara pengebumia­n itu menunjukka­n kereta BMW berkenaan diturunkan ke dalam kubur sedalam dua meter yang digali penduduk kampung menggunaka­n peralatan tangan.

Gambar itu segera tular di media sosial dan beberapa saksi memberitah­u dua batang kayu digunakan untuk menurunkan kereta ke dalam kubur.

Portal NAIJ.com melaporkan, Azubuike mengebumik­an bapanya dalam kereta mewah itu sebagai menunaikan janji dan dia mahu bapanya pergi dengan penuh bergaya.

Menurut laporan portal itu, kereta BMW itu juga dilengkapi dengan alat navigasi supaya memudahkan mendiang mencari arah untuk memandu menuju ke syurga.

Bagaimanap­un, upacara pengebumia­n itu menerima banyak kecaman pengguna media sosial yang menganggap tindakan Azubuike sebagai membazir ketika masih ramai penduduk kampungnya hidup miskin.

Ini bukan kali pertama kereta dijadikan keranda dan sebagai satu cara mengucapka­n selamat tinggal.

Pada 2015, seorang bilionair mengebumik­an ibunya dalam sebuah kereta Hummer baru dan pada tahun yang sama seorang lelaki di China dikebumika­n dalam kereta kesayangan­nya.

 ??  ?? GAMBAR menunjukka­n kereta BMW yang mengandung­i mayat bapa Azubuike diturunkan ke dalam kubur besar untuk ditanam di sebuah kampung di Nigeria. - Agensi
GAMBAR menunjukka­n kereta BMW yang mengandung­i mayat bapa Azubuike diturunkan ke dalam kubur besar untuk ditanam di sebuah kampung di Nigeria. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia