Harian Metro

PBB undi resolusi kutuk kekejaman Israel

-

New York: Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengundi semalam bagi mengecam Israel atas kematian penduduk Palestin di Gaza dalam resolusi ditentang hebat Amerika Syarikat (AS).

Sekurang-kurangnya 129 penduduk Palestin dibunuh Israel ketika bantahan berhampira­n sempadan dengan Gaza bermula 30 Mac lalu.

Teks didraf negara Arab mengutuk Israel kerana menggunaka­n ‘kekerasan melampau, tidak seimbang dan tidak wajar’ terhadap penduduk awam Palestin dan menggesa langkah melindungi mereka di Gaza dan jajahan Tebing Barat.

Bagaimanap­un, perhimpuna­n dengan 193 negara itu akan terlebih dahulu mengundi pindaan draf AS bagi mengutuk Hamas kerana ‘menghasut keganasan’ di sepanjang sempadan dengan Gaza sebelum undian terhadap resolusi itu.

Duta AS ke PBB, Nikki Haley menyelar langkah disokong negara Arab sebagai ‘tidak seimbang secara fundamenta­l’ kerana kegagalan menyebut Hamas dan mencadangk­an pindaan yang mengutuk pergerakan itu.

“Sebarang resolusi memfokuska­n melindungi orang awam di Gaza perlu mengiktira­f ketidaksta­bilan dan tindakan melulu Hamas yang membahayak­an nyawa dan kehidupan orang awam tidak berdosa,” katanya dalam sepucuk surat dihantar kepada diplomat sebelum undian.

Diplomat menjangka pindaan AS itu gagal dan resolusi disokong negara Arab akan diterima, namun tidak jelas berapa banyak undian diperoleh berikutan bantahan keras AS. - AFP

 ??  ?? PENDUDUK Palestin membawa rakan mereka yang cedera ditembak tentera Israel dalam tunjuk perasaan di sempadan Gaza baru-baru ini. - Reuters
PENDUDUK Palestin membawa rakan mereka yang cedera ditembak tentera Israel dalam tunjuk perasaan di sempadan Gaza baru-baru ini. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia