Harian Metro

Pertempura­n terbesar

 Tentera pakatan lancar serangan tawan pelabuhan utama Yaman

- Reuters

Tentera pakatan yang diketuai Arab Saudi melancarka­n serangan terhadap kedudukan pemberonta­k Houthi di Hodeidah semalam, pertempura­n terbesar dalam perang tiga tahun di Yaman.

Pesawat dan kapal perang milik tentera pakatan membedil kubu Houthi untuk menyokong operasi darat tentera Yaman di selatan bandar pelabuhan terbesar di negara itu, kata kerajaan Yaman yang diiktiraf antarabang­sa.

Operasi “Kejayaan Emas” bermula selepas tamatnya tarikh akhir yang ditetapkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk Houthi yang menguasai ibu kota Sanaa dan kawasan populasi utama di Yaman, untuk menyerahka­n satu-satunya pelabuhan yang ditawan mereka.

Pelabuhan di Laut Merah itu ibarat talian nyawa untuk penduduk Yaman, mengendali­kan 80 peratus barangan utama untuk negara itu yang menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

(PBB), dilanda krisis kemanusiaa­n terburuk.

PBB juga bimbang perkembang­an terbaru itu memburukka­n lagi krisis berkenaan dengan ribuan penduduk di bandar menjadi pelarian apabila melarikan diri dari kawasan pertempura­n.

Serangan itu adalah yang pertama sejak tentera pakatan negara Teluk disokong Barat itu yang menyertai perang pada 2015 cuba menawan sebuah bandar besar yang mempunyai pertahanan yang baik.

Objektif operasi itu adalah untuk mengepung Houthi di Sanaa, memotong laluan bekalan dan memaksa kumpulan berkenaan ke meja rundingan.

Tentera Yaman yang bergabung dengan unit tempatan di persisiran Laut Merah dan satu batalion diketuai sepupu bekas Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh kini bertempur bersama askar UAE dan Sudan.

Pemimpin Houthi, Mohammed Ali Al-Houthi sebelum ini memberi amaran kepada tentera pakatan yang disokong Barat itu supaya tidak menyerang bandar berkenaan dan mengancam untuk menyerang kapal tangki di laluan perkapalan strategik di Laut Merah.

Campur tangan di Yaman itu bertujuan mengembali­kan semula kerajaan Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi dan menghalang pengaruh Houthi yang disokong Iran.

 ??  ?? ASKAR Sudan yang menyertai tentera pakatan diketuai Arab Saudi di Yaman berkumpul di pinggir Hodeidah kelmarin menjelang serangan besar-besaran untuk menawan bandar berkenaan. - EPA
ASKAR Sudan yang menyertai tentera pakatan diketuai Arab Saudi di Yaman berkumpul di pinggir Hodeidah kelmarin menjelang serangan besar-besaran untuk menawan bandar berkenaan. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia