Harian Metro

Sengketa demam Piala Dunia

- AFP

 Penyokong Argentina, Brazil di Bangladesh bertempur guna senjata tajam, termasuk parang

Demam Piala Dunia di Bangladesh membawa kepada pergaduhan menggunaka­n senjata tajam, termasuk parang antara kumpulan, masing-masing penyokong Brazil dan Argentina.

Selain pergaduhan jalanan, bendera kedua-dua negara memenuhi jalan raya.

Dalam kejadian di bandar minggu lalu, kumpulan penyokong pemain Argentina, Lionel Messi, bertempur dengan penyokong pemain Brazil, Neymar.

Pergaduhan membabitka­n senjata tajam, termasuk parang itu menyebabka­n seorang lelaki dan anaknya cedera parah.

Seorang budak lelaki berusia 12 tahun mati terkena renjatan elektrik ketika memasang bendera Brazil pada tiang lampu.

Bendera Argentina dan Brazil mendominas­i hampir semua bandar di Bangladesh yang mempunyai 160 juta penduduk menjelang perlawanan pertama di Russia, malam esok.

Hampir setiap hari ada kumpulan berarak sambil membawa bendera pasukan disokong, termasuk di bandar Madarganj, menyaksika­n ratusan penunggang berarak membawa bendera Brazil atau Argentina.

Ketika kemeriahan dan kekecohan itu, ada pihak yang mahu menghentik­annya, termasuk seorang peguam berusaha mendapatka­n perintah mahkamah menghalang pengibaran bendera negara yang menyertai Piala Dunia.

Universiti Barisal di selatan Bangladesh melarang 7,000 pelajarnya daripada mengibarka­n bendera terbabit.

“Kerajaan sepatutnya mengharamk­an pengibaran semua bendera negara asing di seluruh Bangladesh,” kata Canselor universiti itu, SM Imamul Haq.

Meskipun Bangladesh tidak pernah layak ke Piala Dunia, namun sambutan sempena kejohanan empat tahun sekali itu ‘gila-gila’.

Pasukan bola sepak Bangladesh berada di tangga ke-194 dalam senarai dunia.

Profesor sosiologi Universiti Dhaka, Nehal Karim berkata, beliau tidak faham kenapa ‘kegilaan’ itu boleh berlaku.

“Ramai daripada mereka tidak tahu pun di mana Brazil dan Argentina itu. Tiada sebarang hubungan sejarah atau bahasa dengan Bangladesh, namun mereka gilakan dua pasukan itu.

“Saya tidak boleh memahaminy­a,” katanya.

 ?? Nehal Karim ?? Ramai daripada mereka tidak tahu pun di mana Brazil dan Argentina itu. Tiada sebarang hubungan - sejarah atau bahasa dengan Bangladesh, namun mereka gilakan dua pasukan itu” JALAN raya dan lorong di pinggir Dhaka dihiasi bendera Brazil dan Argentina...
Nehal Karim Ramai daripada mereka tidak tahu pun di mana Brazil dan Argentina itu. Tiada sebarang hubungan - sejarah atau bahasa dengan Bangladesh, namun mereka gilakan dua pasukan itu” JALAN raya dan lorong di pinggir Dhaka dihiasi bendera Brazil dan Argentina...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia