Harian Metro

Birkin Himalaya terpakai RM866,000

-

London: Beg tangan Birkin Himalaya jenama Hermes bertatah berlian dan emas putih berusia 10 tahun, mencipta rekod sebagai beg paling mahal di Eropah selepas dibeli pada harga £162,500 (RM866,707).

Beg tangan diperbuat daripada kulit tiga buaya itu dijual melalui lelongan oleh syarikat pelelong Christie’s di sini, mengatasi rekod harga sebelum ini iaitu £155,000 (RM826,510).

Menurut laporan Daily Mail, bagi beg tangan lama, harga itu mengatasi harga purata sebuah rumah di Scotland dan Wales.

Bagaimanap­un, jurucakap Christie’s yang pakar dalam beg tangan dan aksesori, Rachel Koffsky, enggan mendedahka­n siapa pembeli beg berkenaan.

“Kami mengutamak­an kerahsiaan pelanggan dan tidak mendedahka­n siapa pemiliknya,” katanya.

Dihiasi dengan 450 berlian dan emas putih, beg kulit buaya itu adalah versi Birkin paling diidamkan, malah dilaporkan ada tidak sampai 50 unit di seluruh dunia.

Berikutan terlalu eksklusif, Hermes tidak menjualnya kepada sebarang orang, termasuk selebriti, sebaliknya hanya golongan kaya dan selebriti senarai A berpeluang membeli Himalaya.

Antara yang memiliki beg tangan itu ialah Victoria Beckham, Tamara Ecclestone, Celine Dion dan Kim Kardashian.

Victoria, 44, antara yang bertuah mempunyai koleksi 100 beg tangan Birkin bernilai £1.5 juta (RM7.98 juta).

Suaminya, David Beckham menghadiah­kan Victoria satu beg tangan Birkin Himalaya yang dihasilkan kali pertama pada 2008 bernilai £75,000 (RM399,356).

Selain itu, bintang realiti televisyen, Kim, 37, juga pernah dilihat membawa beg tangan Himalaya tanpa berlian pada 2014.

Beg tangan Birkin dilancarka­n pada 1984 selepas ketua eksekutif pengeluar barangan mewah Perancis, Hermes iaitu Jean-Louis Dumas mendapat inspirasi daripada pelakon British, Jane Birkin.

Dia menaiki pesawat dan duduk di sebelah pelakon itu sambil terdengar Birkin mengeluh sukar mendapatka­n beg kulit yang elok untuk digunakan pada hujung minggu.

Harga permulaan beg asas Hermes ialah sekitar £6,000 (RM23,961,) namun mereka yang mahu membelinya akan ‘ditemurama­h’ oleh kakitangan Hermes sama ada layak atau tidak membelinya sebelum dimasukkan ke dalam senarai menunggu yang mungkin mengambil masa beberapa tahun. - Agensi

Bangkok: Seorang wanita berusia 20-an yang asyik bersolek nyaris buta tertusuk pensil celak akibat teksi dinaikinya terbabit kemalangan kecil ketika kesesakan lalu lintas di Bangkok, minggu ini.

Wanita itu yang mahu berjumpa rakan, duduk di bahagian belakang teksi yang bergerak perlahan sambil menggunaka­n pensil celak apabila teksi berkenaan tiba-tiba melanggar kereta di depan.

Perlanggar­an itu menyebabka­n wanita berkenaan hampir tersembam mukanya mengenai penyandar kerusi di depan menyebabka­n pensil celak berkenaan tertusuk ke dalam mata kirinya.

Menurut Daily Mail yang memetik laporan media tempatan, dia bernasib baik kerana tusukan pensil berkenaan tidak mengenai bahagian penting mata, menyelamat­kannya daripada buta.

Anggota paramedik Thanabodee Sabbodi yang merawat mangsa di tempat kejadian berkata, separuh daripada pensil menusuk ke dalam rongga mata mangsa.

“Kemalangan berlaku kira-kira 5 petang di kawasan Din Daeng, Bangkok.

“Kami menerima panggilan kecemasan menyatakan wanita cedera akibat matanya tertusuk pensil.

“Wanita itu dalam keadaan kesakitan ketika kami sampai, namun dia masih boleh bercakap menceritak­an apa yang berlaku,” katanya.

Wanita itu dikejarkan ke Hospital Rajavithi dan pensil berkenaan berjaya dikeluarka­n.

Thanabodee berkata, ia kemalangan yang pelik dan mengingatk­an wanita supaya berhati-hati ketika bersolek di dalam kereta yang bergerak. - Agensi

 ??  ?? BEG tangan Birkin Himalaya.
BEG tangan Birkin Himalaya.
 ??  ?? KEADAAN pensil celak yang menusuk mata seorang wanita dalam teksi di Bangkok. - Agensi
KEADAAN pensil celak yang menusuk mata seorang wanita dalam teksi di Bangkok. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia