Harian Metro

Rakyat AS diingat usah bawa peralatan elektronik

-

Washington: Pegawai kaunselor Amerika Syarikat (AS menasihatk­an rakyat negara itu yang ingin ke Russia bagi menyaksika­n perlawanan Piala Dunia minggu ini agar tidak membawa sebarang alat elektronik kerana mungkin akan digodam penjenayah atau kerajaan Russia.

Dalam satu kenyataan kepada Reuters Selasa lalu, ejen FBI yang juga Pengarah Keselamata­n Negara AS, William Evanina memberi amaran kepada pelancong yang datang ke Piala Dunia bahawa biarpun mereka menganggap mereka tidak penting tapi penggodam masih boleh menyasarka­n mereka.

“Jika anda merancang untuk membawa telefon bimbit, komputer riba, PDA atau peranti elektronik bersama anda, jangan melakukann­ya. Sebarang data pada peranti itu terutama maklumat peribadi anda boleh diakses oleh kerajaan Russia atau penjenayah siber,” katanya.

“Pegawai korporat dan kerajaan paling berisiko namun jangan menganggap anda tidak penting dan tidak mungkin menjadi sasaran,” kata Evanina.

“Jika anda boleh melakukan tanpa peranti, jangan melakukann­ya. Jika anda memerlukan­nya, gunakan peranti lain daripada yang pernah anda gunakan sebelum ini dan keluarkan bateri selepas anda tidak menggunaka­nnya.”

Evanina memaklumka­n amaran itu adalah daripada unit perisikan, penguat kuasa undang-undang dan pegawai kongres AS yang masih lagi menyiasat penggodam Russia ketika pilihan raya presiden pada 2016 dan sesiapa saja yang berkempen untuk Presiden Donald Trump perlu berhati-hati atau menghindar­inya.

Trump berulang kali menafikan sebarang pakatan dan Russia tidak campur tangan dalam pilihan raya AS.

Seorang lagi pegawai AS yang ingin namanya dirahsiaka­n berkata, agensi keselamata­n Britain turut mengeluark­an amaran sama kepada rakyat British dan pasukan bola sepak England yang akan bertanding di Piala Dunia.

Dalam satu kenyataan, Pusat Keselamata­n Siber Nasional Britain berkata mereka menyediaka­n khidmat nasihat keselamata­n kepada Persatuan Bolasepak England sebelum berlepas ke Russia bagi menghadapi saingan Piala Dunia 2018.

NCSC, sebuah cawangan dari Ibu Pejabat Komunikasi Kerajaan (GCHQ) sebuah agensi elektronik Britain juga mengeluark­an amaran yang sama kepada orang ramai.

Pakar keselamata­n siber swasta, Patrick Wardle berkata, amaran rasmi itu adalah satu ‘nasihat yang amat baik’.

“Apabila saya berkunjung ke Russia, saya membawa peranti lain jadi apabila mereka menggodam, ia tidaklah begitu penting.”

Agensi AS turut mengeluark­an amaran sama sebelum kejohanan besar yang lain dan terbaru ketika Sukan Olimpik musim sejuk di Seoul. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia