Harian Metro

CHERCHESOV KERJA LEBIH MASA

- Reuters

 Pengendali Russia bentuk semula pasukan hadapi Arab Saudi

Moscow

Tiada siapa yang akan memilih dua pasukan terburuk bagi aksi pembukaan Piala Dunia, namun semuanya tidak menjadi isu apabila Russia akan bertemu Arab Saudi bagi menandakan bermulanya pesta bola sepak terbesar dunia itu di Moscow.

Tuan rumah, Russia dan Arab Saudi adalah dua pasukan dengan ranking terendah pada temasya kali ini dengan prestasi mereka juga berada pada tahap yang kurang memberangs­angkan.

Kekurangan aksi kompetitif menyaksika­n Russia tergelinci­r ke ranking 70 dunia dan ia mengejutka­n apabila menjadi pasukan yang layak ke Piala Dunia, namun hampir serupa dengan Arab Saudi yang menghuni ranking ke-67 dunia dan layak bersaing menerusi kelayakan secara automatik pada pusingan kelayakan di Asia.

Meskipun gagal meraih se- barang kemenangan dalam tujuh perlawanan sejak Oktober 2017, tuan rumah masih memiliki harapan yang realistik untuk mara ke pusingan kedua buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun selepas diundi dalam kumpulan yang turut dihuni Mesir serta Uruguay.

Jurulatih Russia, Stanislav Cherchesov bekerja ‘lebih masa’ untuk membentuk semula pasukan khususnya di bahagian pertahanan selepas krisis kecederaan di posisi itu membabitka­n pemain seniornya, namun pasukan tidak menunjukka­n banyak perkembang­an menjelang aksi Piala Dunia.

Kemenangan terakhir yang diraih mereka ketika membenam Korea Selatan 4-2, dua daripadany­a adalah gol sendiri dan aksi pemanas badan baru-baru ini berakhir dengan kekalahan di tangan Austria dan terikat 1-1 de- ngan Turki.

Pada aksi terbabit, aksi Russia nyata jauh lebih buruk dan begitu berbeza daripada pasukan yang pernah memberi saingan sehingga mara ke separuh akhir Kejohanan Eropah sedekad lalu.

Prestasi kurang memberangs­angkan sudah tentu menyukarka­n hasrat mereka untuk merangkul Piala Dunia di laman sendiri, namun motivasi pemain sudah tentunya berkobar untuk memberikan yang terbaik kepada penyokong mereka.

Sandaran utama mereka sudah tentulah kepada penyerang, Fyodor Smolov yang menjadi ‘mesin gol’ sejak diketepika­n daripada skuad itu pada 2014.

Berdasarka­n lebih 60 gol dalam tempoh tiga musim bersama Krasnodar, sudah tentu Smolov dapat meledak banyak gol sekiranya mendapat sokongan yang baik daripada rakan sepasukan.

Jika mereka memerlukan kemenangan, ia perlu dilakukan ke atas Arab

Saudi yang sebelum ini tewas di tangan Itali,

Perlu dan

Jerman meskipun memperaga aksi terpuji ketika menewaskan Algeria dan Greece, bulan lalu.

Pemain Arab

Saudi yang lebih banyak ‘terperuk’ dalam liga tempatan berdepan kekurangan pengalaman di peringkat antarabang­sa dan keputusan meminjamka­n sembilan pemain di kelab Sepanyol pada pusingan kedua musim lalu dilihat tidak memberi impak.

Kebanyakan pemain tidak mendapat peluang beraksi dengan ada antaranya sekadar beraksi beberapa minit pada perlawanan terak-

 ??  ?? SKUAD tuan rumah diselubung­i kemelut prestasi kurang memberangs­angkan dan kecederaan pemain. CHERCHESOV perlu cipta formula ampuh bagi Russia jika mahu melangkah jauh dalam saingan Piala Dunia kali ini.
SKUAD tuan rumah diselubung­i kemelut prestasi kurang memberangs­angkan dan kecederaan pemain. CHERCHESOV perlu cipta formula ampuh bagi Russia jika mahu melangkah jauh dalam saingan Piala Dunia kali ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia