Harian Metro

Idam jaringan menarik J

-

ika aksi Liga Juara-Juara sebelum ini menjadi ukuran, Piala Dunia 2018 sudah pastinya bakal menyaksika­n gol paling pantas dan cantik dihasilkan jika penyerang setiap pasukan bertanding bijak memanfaatk­an kelemahan benteng pertahanan lawan ketika beraksi di Russia.

Berdasarka­n kepada corak pemainan seperti serangan pantas dilakukan oleh penyerang dan barisan pertahanan, kita mungkin dapat melihat banyak jaring cantik terhasil bermula pada perlawanan pembukaan malam esok.

Lima pemain yang diramal menjadi peledak utama apabila bola sampai dalam kotak penalti sepanjang tempoh Piala Dunia ialah:

 Lima pemain diramal jadi peledak utama sepanjang tempoh Piala Dunia

Timo Werner

Jerman sebelum ini kehilangan sentuhan Miroslav Klose selepas bersara daripada bola sepak antarabang­sa pada 2014, tetapi kekosongan itu bakal diisi Werner, yang meledak 21 gol untuk Leipzig musim lalu. Werner memiliki kepantasan serta ketenangan menjaringk­an gol menggunaka­n kepala, dan pemain berusia 22 tahun ini bakal menjadi tumpuan ketika tampil buat kali pertama dalam kejohanan utama.

Gabriel Jesus

Brazil dikatakan ketandusan penyerang, tetapi Jesus kini dijangka mengetuai serangan dengan kelebihan kepantasan, penyudah yang tajam serta bijak memanfaatk­an peluang dalam kawasan penalti.

Kecederaan lutut yang dialami Jesus pada Januari lalu menyaksika­n Manchester City kehilangan khidmatnya, tetapi Brazil bakal menikmati sumbangann­ya dalam Kumpulan E dengan lonjakan tambahan yang cukup ditagih pasukan. Pemain ini dijangka menyinar di Russia.

Harry Kane

Kane diumumkan secara rasmi oleh England selaku ketua pasukan bulan lalu dan dia dikatakan satu-satunya anak buah Gareth Southgate yang berada di kedudukan pemain terbaik dunia. Selain membantu Tottenham layak ke Liga Juara-Juara, kehebatan Kane jelas terbukti apabila menjaringk­an tujuh gol dalam tujuh perlawanan. Justeru, Kane pasti tidak akan melepaskan peluang untuk meledakkan gol andai kata diberi peluang beraksi dalam kesebelasa­n utama England.

Cristiano Ronaldo dak hairan jika Ronaldo memasang impian untuk me- nambah koleksi kasut emas selaku penjaring terbanyak dan pemain terbaik pada Piala Dunia kali ini.

Iago Aspas

Biarpun Diego Costa adalah calon pilihan untuk menerajui jentera serangan Sepanyol, Aspas kini mula mencuri tumpuan selepas mengharung­i musim penuh kegemilang­an bersama Celta Vigo dan membantu skuad La Roja memenangi perlawanan persahabat­an bertemu Tunisia minggu lalu. Justeru, tidak mustahil Aspas mampu meledakkan gol dan membantu Sepanyol pergi lebih jauh jika diberikan peluang untuk berada dalam barisan kesebelasa­n utama skuad bimbingan Julen Lopetegui.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia