Harian Metro

Gambar Salah tarikan peminat

-

Grozny, Russia: Bintang bola sepak, Mohamed Salah

menjadi tarikan pada Piala Dunia 2018 di Russia apabila gambarnya tersenyum bersama Presiden Chechnya, Ramzan Kadyrov ketika pasukannya Mesir menjalani latihan menjadi tajuk utama akhbar.

“Mo Salah bangun daripada tidur, dan individu yang mempunyai sifat kejam itu boleh bergambar bersamanya ketika sesi latihan di Grozny, sebuah bandar di Russia” seperti dilapor akhbar tabloid British.”

Kadyrov mendapat sokongan Presiden Russia, Vladimir Putin untuk memerintah Chechnya dengan sistem kuku besi yang mewujudkan kecaman berterusan daripada kumpulan hak asasi manusia.

Menurut laporan akhbar, beliau berkunjung ke hotel penginapan pasukan Mesir untuk mengambil Salah dan menghantar­nya ke stadium tempat latihan pasukan itu sebelum lebih 8,000 penyokong

(gambar)

bersorak.

Secara rasmi pasukan The Pharaohs itu memilih Grozny sebagai kem latihan Mesir biarpun kawasan itu tidak menganjurk­an sebarang perlawanan bagi mengelak dari gangguan media ketika mereka mempersiap­kan diri menghadapi saingan Piala Dunia selepas menunggu lebih 28 tahun.

Memakai baju berwarna biru dan seluar sukan berwarna putih, Kadyrov memaklumka­n Salah yang bermain untuk Mesir dan Liverpool adalah ‘pemain terbaik dunia dan seorang yang sempurna’.

Presiden Chechnya itu sendiri adalah peminat yang gemar sukan seni mempertaha­nkan diri.

Di bawah pemerintah­annya, Chechnya didominasi penduduk Islam dan masjid boleh didapati dengan mudah selepas kemusnahan bandar dan kampung akibat peperangan menentang kerajaan di Moscow.

Pengurus pasukan Tajeddine Soultane berkata, mereka memilih hotel The Local yang terletak di Chechnya “kerana ia adalah bandar yang konservati­f dan anda tidak akan bertemu dengan disko” malah mudah mendapatka­n makanan halal yang menjadi keutamaan orang Muslim.

Bagi pasukan itu, hubungan Salah-Kadyrov tidaklah begitu penting berbanding keinginan mereka untuk melihat pemain bintang itu pulih daripada kecederaan bahu menjelang perlawanan pembukaan Mesir menentang Uruguay dekat Ekaterinbu­rg, esok. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia