Harian Metro

B DERAPAN TANAH BELAKANG RUMAH

- George cnews@nstp.com.my

unyi pergerakan tanah didengar di belakang sebuah rumah panjang di Sungai Tabau, di sini, berjaya menyelamat­kan 140 penghuni Rumah Panjang Anyie Mering Tuva di sini, daripada menjadi mangsa tanah runtuh, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 11 pagi itu meranapkan sebahagian dapur rumah panjang yang dihuni 27 keluarga itu.

Bagaimanap­un, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Menceritak­an semula detik cemas itu, Tuai Rumah, Anyie Mering,

54, berkata, dia antara individu awal menyedari sesuatu tidak kena apabila terdengar bunyi gelongsor tanah, selain struktur rumah bergegar.

Katanya, dia kemudian bergegas memeriksa belakang rumah bersama isterinya, sebelum mendapati cerun runtuh dan berlaku mendapan tanah, dipercayai akibat hujan lebat di kawasan itu.

Ketika kejadian, sebahagian besar penghuni berada di bilik masing-masing dan tidak keluar bekerja kerana hujan lebat.

“Bimbang sesuatu buruk berlaku, saya mengerahka­n penduduk menjauhi bahagian belakang, terutama dapur lima keluarga yang

140 penghuni Rumah Panjang Anyie Mering terselamat dalam kejadian tanah runtuh

mengalami runtuhan tanah serius,” katanya ketika ditemui wartawan.

Sebelum ini, katanya, terdapat petanda berlakunya runtuhan tanah di kawasan itu, namun mereka tidak menyangka kejadian menjadi lebih buruk.

Menurutnya, mereka masih lagi dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkina­n, terutama risiko runtuhan susulan.

“Kami berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi menyelesai­kan pemasalaha­n ini,” katanya.

Difahamkan penduduk sudah membuat persiapan bagi menghadapi sebarang kemungkina­n terutama berpindah ke lokasi selamat jika perlu.

 ?? FOTO
FOTO ?? Sebahagian dapur
rumah panjang dihuni 27 keluarga
ranap KEADAAN belakang rumah panjang yang mengalami runtuhan serta gelongsora­n tanah di Rumah Anyie Mering Tuva, Sungai Tubau, Bintulu.
FOTO FOTO Sebahagian dapur rumah panjang dihuni 27 keluarga ranap KEADAAN belakang rumah panjang yang mengalami runtuhan serta gelongsora­n tanah di Rumah Anyie Mering Tuva, Sungai Tubau, Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia