Harian Metro

Pemilik bot cedera betis ditikam pencuri

-

Sipitang: Tindakan cuba menahan pencuri bot menyebabka­n seorang peniaga cedera di betisnya apabila ditikam dengan senjata tajam berhampira­n Kampung Pengiran, di sini, Isnin lalu.

Kejadian kira-kira jam 8 malam itu menyebabka­n mangsa berusia 28 tahun menerima tiga jahitan.

Ketua Polis Daerah Sipitang, Deputi Superinten­dan Sabarudin Bacok berkata, mangsa sebelum itu mendengar jirannya menjerit memaklumka­n ada individu cuba membuka ikatan bot mangsa yang diletakkan di tepi rumahnya.

Katanya, suspek melarikan diri selepas mendengar jeritan itu dan dikejar mangsa dan jirannya sejauh 80 meter dari rumah mangsa.

“Suspek kemudian berjaya ditahan, namun berlaku pergelutan antara mereka dan suspek bertindak menikam mangsa dipercayai menggunaka­n pisau kecil sebelum meloloskan diri ke kawasan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di hujung kampung itu.

“Mangsa terus menghubung­i pihak polis untuk memaklumka­n kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sabarudin berkata, susulan laporan, sepasukan anggota polis melakukan siasatan di kawasan PPRT itu sebelum suspek berjaya ditangkap ketika bersembuny­i di sebuah rumah.

Beliau berkata, polis turut merampas sebilah pisau kecil berukuran 17 sentimeter panjang.

“Suspek, seorang warga tempatan berusia 46 tahun ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Mangsa dirujuk ke Hospital Sipitang untuk rawatan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkait curi dan dadah.

 ??  ?? MANGSA yang cedera di betisnya akibat ditikam menggunaka­n senjata
tajam ketika cuba menahan pencuri bot miliknya dalam kejadian di Kampung Pengiran,
Sipitang.
MANGSA yang cedera di betisnya akibat ditikam menggunaka­n senjata tajam ketika cuba menahan pencuri bot miliknya dalam kejadian di Kampung Pengiran, Sipitang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia