Harian Metro

‘Saya rindu isteri, anak’

 Lelaki hidap angin ahmar sambut Aidilfitri sendirian di rumah jagaan warga tua

- Poliana Ronnie Sidom poliana@nstp.com.my

Ramadan dan Aidilfitri, bulan yang sering dinanti umat Islam bukan saja kerana keberkatan­nya, tetapi peluang untuk mengeratka­n hubungan seisi keluarga dan sanak saudara.

Namun kemanisan itu tidak dapat dikecapi warga emas, Karim Nasip, 64, apabila hanya menyambutn­ya di Rumah Warga Tua Sri Harapan di sini, selepas terputus hubungan dengan isteri, Ratna Hasim, 50-an yang dipercayai pulang ke Indonesia, sejak awal tahun.

Kesedihan terpancar di wajah Karim yang berasal dari Segaliud di sini, kerana sendirian tanpa orang kesayangan. Apatah lagi dia menghidap angin ahmar hingga menyebabka­nnya sukar bertutur dan pergerakan terbatas sejak Oktober tahun lalu.

Menerusi isyarat tangan dan pertuturan tersekat-sekat, Karim berkata, dia dijaga adik angkatnya yang menetap di Batu 10 di sini, sejak tahun lalu sebelum dihantar ke pusat perlindung­an warga tua terbabit.

Katanya, sebelum ini, dia bekerja sebagai pengawal

Empat anak tiri saya dikenali Agus, Anto, Ano dan Zana berusia 20 hingga 30 tahun dipercayai masih tinggal dan bekerja di Ladang Sabang”

Karim Nasip

keselamata­n di Ladang Sabang, Sugut selepas berhenti menjadi polis bantuan.

“Saya rindu isteri, anak. Mahu pulang ke Sugut sambut raya,” katanya ketika ditemui.

Karim berkata, empat anak tirinya dikenali Agus, Anto, Ano dan Zana berusia 20 hingga 30 tahun dipercayai masih tinggal dan bekerja di Ladang Sabang.

Karim dihantar ke pusat jagaan itu, baru-baru ini menjadikan jumlah keseluruha­n warga tua yang tinggal di situ ialah 54 dan 27 daripadany­a adalah warga tua terlantar.

Sementara itu, Penguasa Rumah Warga Tua Sri Harapan, Roslan Tuyun @ Muhammad berkata, pihaknya simpati dengan nasib Karim dan berharap orang ramai yang mempunyai maklumat keluargany­a supaya menghubung­inya.

Katanya, ia bagi memudahkan mereka menghubung­i isteri mahupun anak Karim untuk sebarang urusan.

 ??  ?? KARIM dijaga adik angkat sejak tahun lalu sebelum dihantar ke pusat perlindung­an warga tua.
KARIM dijaga adik angkat sejak tahun lalu sebelum dihantar ke pusat perlindung­an warga tua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia