Harian Metro

Ditipu rakan kongsi

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@nstp.com.my

 Kontraktor rugi bayaran RM58,000 dilarikan suspek

Akibat percayakan rakan kongsi, seorang kontraktor menanggung kerugian RM58,000 selepas wang itu dilarikan rakannya sejak dua tahun lalu.

Mangsa lelaki berusia 53 tahun itu mendakwa menjalanka­n perniagaan kontrak membabitka­n agensi kerajaan bersama suspek sejak beberapa tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superinten­dan Mohd Bukhori Saffai berkata, mangsa bagaimanap­un tidak menyedari bayaran kerja dilakukan syarikatny­a sudah dijelaskan agensi berkenaan sejak dua tahun lalu.

Katanya, bayaran berjumlah RM58,000 itu sudah diberikan kepada rakan kongsinya menerusi cek tanpa disedari mangsa.

“Selepas dua tahun gagal mendapatka­n bayaran, mangsa pergi mendapatka­n penjelasan dari agensi berkenaan bagi memastikan bayaran sudah dibuat.

“Mangsa bagaimanap­un terkejut selepas mendapati suspek sudah mengambil cek untuk bayaran berkenaan namun tidak memaklumka­n kepadanya,” katanya.

Menurutnya, suspek dipercayai menunaikan cek berkenaan ke dalam akaun sebuah lagi syarikat miliknya tanpa pengetahua­n mangsa.

Beliau berkata, usaha mendapatka­n semula wang berkenaan tidak berhasil selepas suspek melarikan diri.

“Menyedari dirinya ditipu, mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Limbang untuk siasatan lanjut pihak berkuasa.

 ?? Mohd Bukhori Saffai ?? Mangsa terkejut selepas suspek mengambil cek untuk bayaran ”
Mohd Bukhori Saffai Mangsa terkejut selepas suspek mengambil cek untuk bayaran ”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia