Harian Metro

Parkir kenderaan di tengah jalan raya

-

Bintulu: Tindakan segelintir individu meletakkan kenderaan mereka sesuka hati, termasuk di tengah-tengah jalan raya jelas menyusahka­n pengguna lalu lintas lain, selain menyebabka­n kesesakan aliran trafik di bandar ini.

Malah terdapat pengguna jalan raya berdepan risiko kemalangan semata-mata mahu mengelak kenderaan yang di parkir di bahagian tengah jalan raya.

Ini dialami Isabel Wong, 20, yang nyaris bertembung sebuah kenderaan lain gara-gara mahu mengelak kenderaan parkir di tengah jalan di Pusat Komersil Parkcity Bintulu, di sini kelmarin. Isabel menjelaska­n dia tiada pilihan lain kecuali memasuki laluan bertentang­an untuk keluar dari kawasan itu kerana laluannya terhalang.

“Mujur saya tidak bertembung dengan kereta dari laluan bertentang­an hanya disebabkan sikap tidak bertanggun­gjawab sesetengah pengguna jalan yang sesuka hati meletakkan kenderaan mereka di tengah laluan,” katanya.

Berang dengan sikap pemilik kenderaan itu, beliau membuat laporan ke Cawangan Trafik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu.

Jelasnya, beliau yang sering menggunaka­n laluan itu atas urusan pekerjaan mendapati semakin menjadi-jadi sikap pemilik kenderaan meletakkan kenderaan mereka sesuka hati.

“Saya berharap tindakan diambil terhadap pengguna jalan yang tidak bertanggun­gjawab itu dikenakan tindakan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Polis Trafik Sarawak, Superinten­dan Alexson Naga Chabu, berkata sikap sedemikian harus dikikis dan tidak dijadikan budaya menyusahka­n orang lain.

 ??  ?? PEMILIK kenderaan meletakkan kereta di tengah jalan.
PEMILIK kenderaan meletakkan kereta di tengah jalan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia