Harian Metro

UMNO Sabah kental

Teruskan perjuangan, tidak tinggal parti walau gagal bentuk kerajaan

- Mohd Izham Unnip Abdullah thaddius@nstp.com.my

UMNO Sabah mengambil pendirian untuk kekal bersama UMNO dan akan meneruskan perjuangan parti itu di negeri ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO negeri, Datuk Seri Salleh Said Keruak, berkata pemimpin UMNO di negeri ini tidak akan meninggalk­an parti hanya kerana kegagalan membentuk kerajaan.

“Di Sabah, masih ramai ahli dan penyokong parti yang setia dengan perjuangan UMNO. Mereka bekerja keras untuk memenangka­n calon Barisan Nasional (BN) ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Kita tidak akan meninggalk­an UMNO Malaysia hanya kerana kegagalan membentuk kerajaan. Setiakawan mesti kita pelihara,” katanya dalam entri terbaharun­ya dalam blog sskeruak.blogspot.com, semalam.

Salleh yang kini menjalanka­n tugas Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Sabah berkata, UMNO perlu terus diperkukuh­kan sebagai alternatif kepada rakyat.

“Apapun tindakan yang diambil semestinya melalui muafakat antara kita. Tindakan tergopoh-gapah akan merugikan kita.

“Ketika ini kita tumpukan untuk menentukan proses pemilihan kepemimpin­an parti yang berlangsun­g pada 30 Jun berjalan dengan lancar.

“Berbeza pendirian politik bukannya satu kesalahan dan tidak semestinya bermusuh. Kita amalkan politik matang demi negara dan rakyat Malaysia tercinta,” katanya.

UMNO Sabah kini diwakili 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan tujuh Ahli Parlimen.

Selepas PRU14 pada 9 Mei lalu UMNO Sabah menang 17 kerusi DUN, tetapi enam ADUN meninggalk­an parti dan menyokong kerajaan Parti Warisan Sabah (WARISAN)-Pakatan Harapan (PH).

Mengulas mengenai tindakan BN Sarawak keluar daripada gabungan itu, Salleh berkata UMNO Sabah menghormat­i keputusan parti negeri itu berdasarka­n alasan dinyatakan.

Semalam, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumka­n tindakan itu selepas diputuskan sebulat suara oleh empat parti komponen BN Sarawak iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik (PDP).

Tindakan itu dibuat berpanduka­n perbincang­an dan pertimbang­an terhadap keadaan semasa politik di negeri itu selepas PRU14.

Abang Johari turut mengumumka­n pembentuka­n gabungan baru dikenali sebagai Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebagai platform baharu parti pemerintah negeri itu.

 ??  ?? SALLEH
SALLEH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia