Harian Metro

Kantoi tukar nombor plat palsu

-

Kuala Lumpur: Sengaja tukar nombor plat palsu bertujuan mengelak nombor pendaftara­n kereta dirakam kamera Sistem Penguatkua­saan Automatik (AES) ketika memecut laju di lebuh raya.

Itu antara taktik dan kesalahan dikesan polis menerusi Op Pelbagai sempena perayaan Aidilfitri, di Plaza Tol Jalan Duta di sini, bermula lewat malam hingga jam 2.30 pagi semalam.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkua­saan Trafik (Kepolisan Am/Siasatan/Sumber), Asisten Komisioner Md Dali Wahid, berkata tindakan pemandu kereta itu menukar nombor plat berkenaan di bahu lebuh raya menghala ke arah Selatan bagaimanao­pun berjaya dikesan pihak berkuasa.

Katanya, suspek yang memandu kereta model Honda City berwarna biru itu bagaimanap­un ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 108(3) (f) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 kerana mempamerka­n nombor plat pendaftara­n palsu.

“Bagi motosikal pula, 78 saman dikeluarka­n membabitka­n pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen dan cukai jalan tamat tempoh.

“Sebanyak 27 kenderaan terdiri daripada bas ekspres dan lori pula ditahan atas kesalahan memandu melebihi had laju,” katanya.

Beliau berkata sembilan pegawai kanan dan 32 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta enam anggota Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) turut dikerahkan bagi memastikan kelancaran operasi itu.

“Kita ada tiga ‘checkpoint’ sebelum kenderaan terbabit ditahan di kawasan Plaza Tol Jalan Duta,” katanya ketika ditemui, semalam.

 ??  ?? OPERASI dilakukan pihak polis berhampira­n Tol Duta, semalam.
OPERASI dilakukan pihak polis berhampira­n Tol Duta, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia