Harian Metro

Tragedi rumah rentung sebelum Syawal

-

Ketibaan 1 Syawal esok bakal disambut pilu lima beranak selepas rumah mereka musnah terbakar di Kampung Lubok Buntin di sini, pagi kelmarin.

Kejadian jam 11 pagi itu disedari jiran yang melihat asap tebal keluar dari rumah sebelum menghubung­i bomba untuk meminta bantuan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.17 pagi sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, sebaik tiba, api marak memusnahka­n rumah satu tingkat yang dibina separa kayu itu.

“Pasukan bomba kemudian bergegas memadamkan kebakaran bagi mengelakka­n api merebak ke rumah berhampira­n.

“Kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya jam 1.10 tengah hari dan pemeriksaa­n lanjut mendapati tiada penghuni di rumah ketika kejadian,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, penghuni rumah berkenaan membabitka­n seorang lelaki dan empat wanita.

Katanya, barangan berharga dan dokumen penting di dalam rumah tidak dapat diselamatk­an ekoran api marak dengan cepat.

“Mangsa yang dimaklumka­n mengenai kejadian kini akan menumpang sementara waktu di rumah saudara terdekat,” katanya.

Tambahnya, punca kebakaran dan jumlah kerugian kini masih dalam siasatan pasukan forensik kebakaran.

 ??  ?? ANGGOTA bomba memadam kebakaran membabitka­n rumah penduduk di Kampung Lubok Buntin, Simunjan.
ANGGOTA bomba memadam kebakaran membabitka­n rumah penduduk di Kampung Lubok Buntin, Simunjan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia