Harian Metro

BERATUR NAIK VAN

- Norasikin Daineh norasikin_daineh@nstp.com.my Kota Kinabalu

 Ternakan bekas pemandu teksi fahami arahan beratur masuk dalam van

“Kumpulan kambing ini dilatih setiap hari. Sebab itu mereka faham apabila saya arah masuk ke dalam van selepas meragut rumput di kawasan lapang,” kata Md Amin Rahim, 63, yang menjalanka­n aktiviti menternak kambing di Kampung Petagas di sini.

Gelagat lebih 40 kambing beratur masuk ke dalam sebuah van sebelum dibawa pulang tuannya menarik perhatian orang ramai terutama pelancong yang kebetulan berada di kawasan lapang berhampira­n Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (KKIA) di sini.

Malah, ia turut menarik perhatian ramai apabila video kambing memasuki van milik Md Amin

turut tular di laman sosial.

Menurut Md Amin, setiap hari dia akan membawa kambingnya ke lokasi terletak tidak jauh dari rumahnya dengan menaiki van untuk diberi makan bermula jam 3 petang hingga 6 petang.

“Ini rutin harian saya sejak 2016 selepas kambing itu mula membiak hingga mencecah lebih 40 ekor.

“Disebabkan kawasan halaman rumah tidak luas, saya bawa semua kambing ini menggunaka­n van ke kawasan lapang yang ada rumput sama ada di sini (hadapan KKIA) atau Tanjung Aru untuk diberi makan.

“Semua kambing saya biasanya mengikut arahan, kalau disebut perkataan ‘naik’ sambil saya menghalau, mereka akan mula beratur masuk satu demi satu ke dalam van untuk pulang,” katanya yang pernah bekerja sebagai pemandu teksi.

Menceritak­an semula bagaimana dia mula menternak kambing itu, Md Amin berkata, ia bermula dengan lima kambing yang dibelinya dari sebuah kampung di Beaufort pada 2012.

“Dahulunya saya memberi makanan kepada semua kambing ini namun sejak jumlah kambing semakin bertambah, saya tidak lagi mampu dan terpaksa membeli van untuk mengangkut semua kambing ini ke kawasan lapang,” tambahnya.

Katanya, dia terpaksa mengurangk­an jumlah kambing diternakny­a kerana tiada sesiapa dapat membantu menguruska­nnya.

“Saya terpaksa menjualnya kepada orang ramai terutama untuk kenduri atau majlis akikah supaya jumlahnya dapat dikurangka­n.

“Biasanya permintaan meningkat menjelang sambutan Aidiladha untuk dijadikan korban dan setakat ini saya jual lebih 10 ekor dan tiga lagi sudah ditempah.

“Hasil jualan kambing ini digunakan untuk perbelanja­an harian keluarga selain digunakan untuk membeli van berkenaan,” katanya.

Walaupun begitu katanya, dia masih lagi menjaga semua kambing itu kerana berasa seronok terutama ketika mahu mendapatka­n makanan untuk ternakanny­a.

“Jika hujan, saya meredah hujan bagi mendapatka­n bekalan rumput segar untuk diberi makan kepada ternakan.

“Disebabkan rasa tanggungja­wab dan tidak mahu haiwan ternakan lapar, saya tidak kisah kalau terpaksa meredah hujan untuk mendapatka­n rumput,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ?? Md Amin Rahim ?? Semua kambing saya biasanya mengikut arahan, kalau disebut perkataan ‘naik’ sambil saya menghalau, mereka akan mula beratur masuk satu demi satu ke dalam van untuk pulang”
Md Amin Rahim Semua kambing saya biasanya mengikut arahan, kalau disebut perkataan ‘naik’ sambil saya menghalau, mereka akan mula beratur masuk satu demi satu ke dalam van untuk pulang”
 ??  ?? MD Amin bawa ternakanny­a guna van untuk diberi makan mulai jam 3 petang hingga 6 petang. MD Amin mengarahka­n ternakanny­a untuk masuk ke dalam van selepas selesai meragut rumput di kawasan lapang hadapan KKIA di Kota Kinabalu.
MD Amin bawa ternakanny­a guna van untuk diberi makan mulai jam 3 petang hingga 6 petang. MD Amin mengarahka­n ternakanny­a untuk masuk ke dalam van selepas selesai meragut rumput di kawasan lapang hadapan KKIA di Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia