Harian Metro

ORANG AWAM ‘TOLONG SAMAN’

- Luqman Arif Abdul Karim cnews@nstp.com.my

Gambar dan video disalurkan ‘mata-mata’ lebuh raya mengenai pelbagai kesalahan, termasuk penggunaan lorong kecemasan boleh digunakan sebagai bukti untuk mengeluark­an saman.

Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke Siew Fook berkata, bukti yang diambil oleh pengguna jalan raya lain menerusi kamera telefon atau perakam dalam kenderaan itu akan diteliti, sebelum tindakan penguatkua­saan diambil.

“Anda boleh kirimkan menerusi e-mel atau saluran berkaitan kepada pihak berkuasa termasuk Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) untuk kita teliti dan ambil tindakan selanjutny­a.

“Saman akan dikeluarka­n jika kita mendapati bukti berkenaan mempunyai asas,” katanya pada sidang media selepas melakukan tinjauan trafik Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Sempena Aidilfitri, semalam.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Penguat Kuasa JPJ, Datuk Ahmad Nasir Abdul Ghani; Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ismail Md Salleh dan Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Datuk Azman Ismail.

Tinjauan udara selama sejam itu dimulakan merangkumi jajaran PLUS sehingga Tapah dan kawasan sekitar Jalan Duta bagi meneliti corak pertambaha­n kenderaan menjelang Aidilfitri pada Jumaat ini.

Anthony berkata, statistik kemalangan direkodkan di sepanjang jajaran lebuh raya PLUS sejak pelancaran Ops Bersepadu 8 Jun lalu menyaksika­n kadar penurunan yang mendadak, iaitu hanya dua kes kematian berbanding 14 kes bagi tempoh sama, tahun lalu.

“Perangkaan Ops Bersepadu bagi tempoh lima hari menyaksika­n 83 kes penyalahgu­naan lorong kecemasan direkodkan dan saman sudah dikeluarka­n terhadap semua pemilik kenderaan terbabit.

“Kita memberi peringatan kepada pengguna jalan raya supaya tidak menyalahgu­nakan lorong kecemasan hanya kerana alasan nak cepat sampai ke destinasi dituju, sedangkan laluan itu disediakan untuk waktu getir terutama oleh pemandu ambulan jika wujud sebarang kes kemalangan.

“Pusat Tinjauan Trafik (TMC) yang beroperasi dari Persada PLUS sentiasa memantau rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan sebarang kesalahan oleh pengguna jalan raya akan dimaklumka­n ke JPJ dan polis untuk tindakan lanjut.

“Jangan ingat anda bebas melakukan kesalahan walaupun menerusi pandangan mata kasar tiada kereta peronda atau pegawai penguat kuasa di jalan raya kerana ada yang sentiasa memerhati,” katanya.

Mengulas hasil tinjauan udara, Anthony berkata, keadaan trafik setakat petang tadi masih terkawal walaupun jumlah kenderaan yang memasuki lebuh raya bagi memulakan perjalanan ke kampung dijangkaka­n meningkat daripada 1.9 juta kepada 2.2 juta.

Peningkata­n mendadak mulai lepas waktu berbuka itu, katanya, didorong tawaran diskaun kadar tol sebanyak 50 peratus sehingga esok yang diberikan secara serta-merta, berbanding kaedah rebat kepada semua pengguna lebuh raya.

“Laluan kontra sebagai kaedah penyuraian trafik akan dibuka di beberapa lokasi ‘panas’ yang dikenal pasti sering berlaku kesesakan, justeru pemandu dinasihati untuk sentiasa mengawasi jarak selamat kenderaan dan aliran daripada arah bertentang­an.

“Selain itu, beberapa larangan menggunaka­n lebuh raya dikeluarka­n bagi kenderaan mengangkut barang kategori satu, termasuk lori berkapasit­i berat dengan muatan (BDM) melebihi 7,500 kilogram dikuatkuas­akan pada 13, 14, 23 dan 24 Jun ini sebagai langkah keselamata­n.

“Kenderaan kategori dua, iaitu lori kontena dan kargo mengangkut barangan elektronik dari kawasan industri pula hanya dibenarkan beroperasi serta menggunaka­n lebuh raya pada jam 6 pagi hingga 12 tengah malam untuk tempoh sama.

“Kren bergerak dan lori pembancuh simen bagi kategori ketiga hanya dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 6 petang dalam jarak 25 kilometer dari tapak pembinaan, tertakluk kepada had masa operasi yang dbenarkan di jalan tertentu,” katanya.

Gambar diambil pengguna jalan raya mengenai kesalahan trafik boleh digunakan sebagai bukti untuk keluar saman

 ??  ??
 ??  ?? ANTHONY (kanan) dan Azman (dua dari kanan) melawat bilik kawalan lalu lintas di bangunan Persada PLUS.
ANTHONY (kanan) dan Azman (dua dari kanan) melawat bilik kawalan lalu lintas di bangunan Persada PLUS.
 ??  ?? KEADAAN lalu lintas di Plaza Tol Duta Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
KEADAAN lalu lintas di Plaza Tol Duta Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
 ??  ?? ALIRAN trafik menghala Lebuhraya Seremban di Plaza Tol Sungai Besi.
ALIRAN trafik menghala Lebuhraya Seremban di Plaza Tol Sungai Besi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia