Harian Metro

Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan

letak jawatan

- Irwan Shafrizan Ismail irwansha@hmetro.com.my

Peletakan jawatan Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin akan berkuat kuasa pada 31 Julai depan.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutua­n berkata, peletakan jawatan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada Jumaat lalu dan dimaklumka­n melalui surat Setiausaha Sulit Bahagian Urusan Diraja, Istana Negara pada Isnin.

“Pada 15 Mei lalu, Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan bertemu Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) dan menyampaik­an hasrat Yang Amat Arif untuk meletakkan jawatan.

“Bagaimanap­un, Yang Amat Arif (Md Raus dan Zulkefli) memaklumka­n kepada Perdana Menteri bahawa peletakan jawatan itu akan berkuat kuasa pada tarikh munasabah untuk membolehka­n segala urusan kehakiman diselesaik­an.

“Selaras dengan pertimbang­an sedemikian, Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan mengutus surat peletakan jawatan masing-masing kepada Yang di-Pertuan Agong pada 7 Jun dan peletakan jawatan itu berkuat kuasa pada 31 Julai 2018,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Isu membabitka­n Md Raus dan Zulkefli mula menjadi polemik selepas Pejabat Perdana Menteri mengumumka­n menerusi kenyataan pada 7 Julai 2017 mengenai pelantikan Md Raus sebagai hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutua­n untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 4 Ogos 2017 mengikut Fasal 1(A) Perkara 112 Perlembaga­an Persekutua­n.

Seiring pengumuman itu, Md Raus dilantik menyandang jawatan Ketua Hakim Negara mulai tarikh berkenaan dan untuk tempoh sama.

Menerusi pengumuman sama, Zulkefli dilantik sebagai hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutua­n untuk tempoh dua tahun mulai 28 September 2017 mengikut Fasal 1(A), Perkara 122 Perlembaga­an Persekutua­n.

Susulan itu, beberapa pihak termasuk ahli politik, peguam dan Majlis Peguam membuat bantahan atas alasan lanjutan tempoh berkenaan bercanggah dengan Perlembaga­an Persekutua­n yang menetapkan seseorang hakim wajib bersara selepas berusia 66 tahun enam bulan.

Pakatan Harapan ketika itu diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyerahka­n petisyen berhubung pelantikan Md Raus kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara supaya membuat rujukan permasalah­an Perlembaga­an untuk ditentukan Mahkamah Persekutua­n.

Peguam, Ramkarpal Singh pula mendesak Raus dan Zulkefli menolak lanjutan khidmat itu kerana ia boleh dicabar di mahkamah dan boleh memalukan badan kehakiman.

Presiden Majlis Peguam, George Varughese berkata, badan itu mengambil pendirian bahawa pelantikan Md Raus dan Zulkefli sebagai hakim tambahan dan terus memegang jawatan itu melebihi had umur 66 tahun dan enam bulan sebagai tidak berperlemb­agaan, batal dan tidak sah.

Pada 19 Disember 2017, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Timbalan Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (AMANAH), Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus untuk kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar pelantikan Md Raus sebagai Ketua Nakim Negara dan hakim tambahan Mahkamah Persekutua­n.

 ??  ?? RAUS (kanan) bersama Zulkefli selepas bertemu Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana.
RAUS (kanan) bersama Zulkefli selepas bertemu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia