Harian Metro

Pengerusi SPR

undur diri

-

Alor Setar : Kerajaan negeri optimis kemelut pelantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah sudah menunjukka­n petanda positif dan mampu diselesaik­an sebelum Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) 4 Julai ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata pihaknya masih berkhidmat sebagai kerajaan negeri seperti biasa walaupun belum diputuskan lagi pelantikan Speaker DUN Kedah.

“Saya sentiasa berjumpa dengan pihak BN (Barisan Nasional) dan PAS yang mana pelbagai perkara dibincangk­an termasuk soal Speaker DUN.

“Tunggu dan lihat.. kalau tengok saya tak cuak (panik) ni maknanya ada caralah dan setakat ini isu pelantikan Speaker DUN sudah menunjukka­n petanda positif,” katanya selepas mempengeru­sikan mesyuarat EXCO di Wisma Darul Aman, di sini, semalam.

NSTP kelmarin melaporkan kerajaan negeri yakin Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak akan berlaku di negeri ini walaupun kemelut perlantika­n Speaker DUN Kedah masih belum selesai.

Muhkriz berkata, beliau dimaklumka­n oleh Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) negeri bahawa jumlah perbelanja­an untuk mengadakan PRN dianggarka­n RM18 juta.

Sementara itu, dalam perkembang­an lain, beliau berkata, kerajaan negeri juga merayu kepada semua pihak dan rakyat di negeri ini supaya menjelaska­n tunggakan bayaran tanah, sewa rumah (pajakan tanah kepada pemohon) dan sebagainya kepada kerajaan negeri.

“Hal ini kerana bayaran tunggakan itu mampu membantu kerajaan negeri menguruska­n kewangan dengan lebih teratur.

“Apabila berlaku terlampau banyak tunggakan, maka hasil pendapatan kerajaan negeri agak terjejas malah siasatan pihak kami mendapati ada dalam kalangan mereka ini langsung tidak membuat bayaran walaupun mampu,” katanya.

Menurutnya, dalam masa yang sama kerajaan negeri juga dituntut membayar hutang kepada Kerajaan Persekutua­n.

“Walaupun surat peringatan dan amaran sudah dikeluarka­n namun mereka tetap belum menjelaska­nnya dan sebab itu saya bangkitkan sekali lagi isu ini.

“Kita beri tempoh kepada mereka untuk melangsaik­an hutang ini sebelum tindakan susulan diambil,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia