Harian Metro

SIMPAN SUARA

 Ibu bapa simpan rakaman suara arwah anak

- lapor Ernalisa Othman.

"Mak datang esok ke? Sayang mak..orang sayang mak.” Itulah rakaman suara yang dihantar mangsa dera dan buli mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain kepada ibunya menerusi aplikasi Telegram sebelum dia dijemput Ilahi. Suara itu menjadi pengubat rindu kepada ibunya, Hawa Osman setiap kali terkenangk­an arwah lebih-lebih lagi diambang lebaran ini,

Walaupun sudah setahun pemergian mangsa dera dan buli mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain namun ibu bapanya masih lagi terkesan atas kehilangan putera kesayangan mereka itu.

Ibu mangsa Hawa Osman, 55, masih menyimpan rakaman suara anak sulungnya untuk dijadikan sebagai penawar rindunya.

Hawa berkata, antara ayat paling dirinduiny­a adalah “Mak datang esok ke. Sayang mak...orang sayang mak.”

Menurutnya, Allahyarha­m Zulfarhan yang mesra dengan panggilan Along sebelum insiden malang itu sering menghantar pesanan suara menerusi aplikasi Telegram kepadanya dengan melahirkan perasaan rindu buat ibunya dan keluarga.

Katanya, kekerapan pesanan suara dihantar arwah itu juga menjadikan sehingga kini dia masih terngiang-ngiang ungkapan manis anak sulungnya.

“Itulah ayat yang dia kerap cakap seperti rindu...sayang mak...orang sayang mak,” katanya.

“Memang mak cik tak padam rakaman suara ini...boleh dikatakan setiap kali terasa rindu pasti mak cik buka telefon dan dengarnya,” katanya.

Menurut Hawa, Allah lebih sayangkann­ya walaupun bayang kelibatnya dan suaranya masih lagi terngiang-ngiang.

Mengenai kehadiran Syawal tahun ini, Hawa berkata, ia seperti hilang seri tanpa kehadiran anak kesayangan mereka yang kini masuk tahun kedua.

Menurut Hawa, sambutan Aidilfitri kali ini disambut ala kadar sahaja dan tiada persiapan istimewa kerana beliau sekeluarga masih terasa kehilangan anak sulung daripada empat beradik itu.

“Ketika Along ada, dia paling seronok kerana setiap kali raya, dia memilih tema warna baju raya kami sekeluarga, namun tahun ini dia sudah tiada jadi bagi kami hari raya tak seindah dulu,” luah Hawa ketika ditemui di rumahnya di Bandar Baru Uda Utama, di sini.

Hawa yang juga pembantu tadbir di Sekolah Menengah

Bila saya keseoranga­n pasti terbayang kelibat arwah

Hawa

Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki berkata, baju Melayu warna kelabu arwah anaknya untuk raya tahun lalu masih elok dan tidak sempat disarungny­a kerana terlebih dahulu dijemput Ilahi.

Katanya, apabila rindu kepada arwah pastinya baju Melayu itu dijadikan pelepas kerinduann­ya.

Saat paling dirinduiny­a menyambut Aidilfitri bersama Zulfarhan, Hawa mengimbau arwah akan membantuny­a membuat ketupat ketika menjelang Syawal, malah katanya dia terbayang-bayang seolah-olah Zulfarhan membantuny­a mengisi beras.

“Kadang-kadang bila saya keseoranga­n pastinya terbayang kelibat arwah di dalam rumah mengusik saya.

“Kalau saya baring, dia suka geletek kaki saya...rindu sungguh dengan saat itu,” katanya.

Zulfarhan, 21, mahasiswa yang dikatakan menjadi mangsa buli dan dera hingga meninggal dunia.

Mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang, Selangor jam 10 malam 1 Jun tahun lalu akibat kecederaan teruk pada anggota badan selepas didera beberapa hari sebelum menghembus nafas terakhir.

Susulan kejadian, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan menahan 32 mahasiswa UPNM dan empat pelajar Universiti Tenaga Nasiosal (Uniten) bagi membantu siasatan.

Sementara itu, bapa Zulfarhan, Zulkarnain Idrus, 54, berkata, mereka sekeluarga reda dengan pemergian arwah Zulfarhan namun sukar memaafkan perbuatan rakannya.

“Saya reda tapi untuk memaafkan mereka yang membunuh anak saya memang sukar disebabkan tindakan mereka dianggap ti- dak masuk akal.

“Saya serah kepada pihak mahkamah dan menjadi pengajaran kepada pelaku serta masyarakat yang lain,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? GAMBAR kenangan arwah Zulfarhan bersama Hawa dan Zulkarnain.
GAMBAR kenangan arwah Zulfarhan bersama Hawa dan Zulkarnain.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia