Harian Metro

Bekas Pengarang HM meninggal dunia

-

Shah Alam: Bekas Pengarang Harian Metro (HM) Ahmad Puad Onah, 62, meninggal dunia akibat sakit jantung di kediamanny­a di Seksyen U16, Denai Alam di sini, kira-kira jam 9.30 pagi semalam.

Allahyarha­m yang pernah menjawat pelbagai jawatan di dalam persatuan penggiat seni perfileman tanah air itu menghembus­kan nafas terakhir di sisi isteri dan anaknya.

Anak allahyarha­m, Azrul, 27, berkata arwah sempat bangun pada awal pagi samalam untuk bersahur bersama mereka sekeluarga.

Katanya, arwah menghidapi sakit jantung sejak beberapa tahun lalu dan ia menjadi kritikal sejak Februari lalu selepas dimasukkan ke hospital.

“Arwah memang ada sakit jantung. Ia semakin kronik selepas kami sekeluarga pulang dari Hong Kong bulan Februari lalu.

“Pagi tadi arwah bangun bersahur dan selepas itu dia tidur semula sebelum menghembus­kan nafas terakhirny­a,” katanya, semalam.

Jenazah Allahyarha­m dikafan serta disembahya­ngkan di Surau Al-Abrar, Denai Alam sebelum dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 pada jam 5 petang semalam.

Selain ahli keluarga dan saudara-mara, beberapa kenalan sepanjang Allahyarha­m terbabit dalam bidang kewartawan­an turut menziarahi­nya.

Antaranya bekas Pengarang HM Datuk Mior Kamarulbai­d Shahid, bekas Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST) Datuk A Kadir Jasin, Penolong Pengarang 1 Kumpulan Utusan Datuk Zaini Hassan dan Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang.

 ??  ?? PRESIDEN Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (PAUiTM), Datuk Mohd Zaini Hassan (dua dari kanan) mengangkat keranda arwah bersama waris dan kenalan. Gambar kecil, Ahmad Puad.
PRESIDEN Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (PAUiTM), Datuk Mohd Zaini Hassan (dua dari kanan) mengangkat keranda arwah bersama waris dan kenalan. Gambar kecil, Ahmad Puad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia