Harian Metro

Kerani rugi RM128,300 diperdaya kenalan di FB

-

Gelap mata selepas ditawarkan pelbagai hadiah berharga dan wang tunai oleh kenalan dikenali di Facebook (FB) menyebabka­n seorang kerani kerugian RM128,300.

Kejadian bermula 6 April lalu apabila mangsa berusia 20 tahun berkenalan dengan seorang lelaki yang memperkena­lkan diri sebagai Lee Yun Micheal menetap di Amerika Syarikat (AS).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superinten­dan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata sebagai tanda perkenalan suspek mendakwa mahu menghadiah­kan mangsa baju, kasut, beg tangan, emas putih, minyak wangi, telefon bimbit, gelang tangan, jam tangan, barang kemas dan mata wang asing bernilai RM111,838 (AS$28,000).

“Pada 11 Mei lalu, mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang lagi suspek mengaku sebagai ejen kastam dan memaklumka­n mangsa menerima barangan dari luar negara serta mengarahka­nnya membayar cukai RM4,800.

“Pada hari sama, mangsa membuat pemindahan wang ke akaun bank diberikan suspek,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, selepas itu, suspek menghubung­i mangsa lagi dan memintanya membuat pelbagai bayaran.

“Untuk tujuan itu, bermula pada 11 Mei sehingga

1 Jun lalu, mangsa membuat 10 transaksi ke tiga akaun berbeza diberikan suspek, menjadikan jumlah keseluruha­n RM128,300,” katanya.

Mohd Wazir berkata, selepas memasukkan wang, mangsa menyedari ditipu dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis, semalam.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia