Harian Metro

Datang seluk saku setiap kali Ramadan

-

Sanggup berhijrah dari kampung halaman di Indonesia untuk menjalanka­n ‘profesion’ sebagai penyeluk saku profesiona­l di ibu kota sepanjang bulan Ramadan.

Itu jenayah licik dilakukan wanita

Indonesia berusia 30-an yang mengaku akan datang ke negara ini setiap kali bulan Ramadan.

Bagaimanap­un, kegiatan wanita itu terbongkar apabila dia ditahan polis selepas cuba menyeluk saku barangan milik anggota polis yang sengaja mengumpann­ya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, wanita itu ditahan di Bazar Ramadan di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, jam 5.30 petang Selasa lalu.

“Beberapa anggota polis yang berpakaian biasa menyamar untuk mengumpan suspek yang berada di sebuah premis di lokasi berkenaan.

“Wanita itu kemudian mengekori anggota polis terbabit sebelum cuba menyeluk saku. Bagaimanap­un dia berjaya ditahan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, semalam.

Shaharudin berkata, hasil soal siasat dilakukan, wanita itu mengaku datang ke ibu kota untuk melakukan kegiatan seluk saku di Jalan Tunku Abdul Rahman sepanjang bulan Ramadan.

“Suspek kini masih ditahan pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi tujuan dokumentas­i,” katanya.

Beliau berkata, sebelum ini, pihaknya turut menahan seorang wanita warga Indonesia yang juga penduduk tetap berusia 58 tahun di lokasi sama pada Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia