Harian Metro

Maut berpusing

- Mohd Sabran Md Sani cnews@nstp.com.my

 Seorang terbunuh, dua cedera kereta gagal dikawal dan terbabas selepas bergesel

Seorang maut manakala dua cedera selepas kemalangan membabitka­n dua kenderaan di Kilometer 52.4 Lebuhraya Senai-Desaru, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superinten­dan Ahsmon Bajah berkata, kejadian jam 11.30 malam itu menyebabka­n Timothy Mensan Anak Gani, 34, yang memandu Proton Wira maut di tempat kejadian.

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta BMW dalam perjalanan dari Penawar menghala ke Senai bergesel dengan Proton Wira dipandu mangsa.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, kereta BMW itu memasuki laluan Proton Wira yang datang dari arah bertentang­an mengakibat­kan kedua-dua kenderaan itu bergesel.

“Akibat dari kesan pertama geselan itu, kedua-dua kenderaan gagal dikawal dan berpusing menghala ke laluan Penawar,” katanya ketika mengesahka­n kemalangan itu.

Menurut Ahsmon, akibat kemalangan itu, pemandu Proton Wira yang berasal dari Spauh, Sarawak meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kemalangan itu turut menyebabka­n kecederaan kepada penumpang Proton Wira yang juga seorang lelaki berusia 29 tahun. “Pemandu BMW yang juga seorang lelaki berusia 34 tahun juga cedera dalam kejadian itu.

“Kedua-dua mangsa di kejarkan ke Hospital Kota Tinggi bagi mendapatka­n rawatan segera,” katanya.

Menurutnya, mayat Timothy dihantar ke hospital sama untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Katanya, siasatan turut mendapati punca kematian akibat kecuaian pemandu BMW.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Sailani Oda berkata, lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kedua-dua pemandu kenderaan terbabit tersepit antara tempat duduk dan stereng.

“Pihak bomba mengambil masa 30 minit untuk memberikan rawatan awal dan mengeluark­an semua mangsa sebelum menyerahka­n mereka kepada pihak ambulans dan polis bagi tindakan seterusnya,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba mengeluark­an mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Kilometer 52.4 Lebuhraya Senai-Desaru.
ANGGOTA bomba mengeluark­an mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Kilometer 52.4 Lebuhraya Senai-Desaru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia