Harian Metro

Ditiru 100 peratus seperti tulen

-

Sejak sebulan lalu, jersi tiruan dari pelbagai negara yang menyertai pertanding­an bola sepak Piala Dunia 2018 mula memenuhi pekan ini.

Jersi tiruan itu dijual dengan harga antara RM35 sehingga RM70 berbanding jersi tulen yang mencecah RM250 sehelai.

Tinjauan wartawan mendapati lambakan jersi yang ditiru 100 peratus seperti tulen, menjadi tumpuan bukan saja penduduk tempatan malah pengunjung dari dalam dan luar Kelantan.

Pemborong jersi tiruan yang mahu dikenali sebagai Adnan, 35, berkata, tiada beza antara jersi tiruan dan yang tulen kerana rekaannya 100 peratus sama cuma ia berbeza daripada segi kualiti kain.

Katanya, bekalan jersi diperoleh dari Thailand dan China dan dijual dengan harga semurah RM35 sehingga RM70 berbanding jersi berjenama yang mencecah RM250 sepasang.

“Jersi tiruan ini dijual dengan tiga kategori berbeza iaitu jersi

(terdapat logo Nike),

(terdapat logo Adidas) dan yang dibuat dari Thailand.

“Biasanya peniaga akan menjual jersi dan pada harga lebih mahal sekitar RM40 sehingga RM70 kerana kainnya lebih selesa, mempunyai logo berjenama serta diperbuat daripada China. Berbeza dengan jersi yang lebih murah iaitu RM35 kerana buatan Thailand.

“Untuk kali ini, jersi paling mendapat permintaan tinggi adalah daripada Jerman dan Argentina,” katanya.

 ??  ?? AKT IVIT I p en ju alan jersi cetak rompak bola sepak Piala Dunia 2018 di sekitar Chow Kit.
AKT IVIT I p en ju alan jersi cetak rompak bola sepak Piala Dunia 2018 di sekitar Chow Kit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia