Harian Metro

SAAT TERBAIK MILIKI VOLKSWAGEN

Harga model kereta kurang RM4,000 hingga RM17,000 berikutan kadar sifar GST

- Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

Meluncur laju penuh bergaya ditambah ruang dalam yang kemas, moden, eksklusif serta mewah pastinya meningkatk­an keterujaan ketika memandu di lebuh raya mahupun jalan yang sesak.

Ketika melalui selekoh tajam pula, ia dalam keadaan sempurna dan meluncur laju tanpa sebarang masalah.

Setiap kali pedal minyak dipacu dan stereng dikemudi dengan baik pula, ia memberikan keyakinan saat memandu. Pendek kata, semuanya hebat dari pelbagai segi.

Itulah yang pastinya dirasai saat memandu rangkaian kereta Volkswagen yang terkenal dengan kecanggiha­n teknologi Jerman dan sinonim dalam industri automotif sebagai produk berkualiti serta tahan lasak.

Mungkin selama ini ramai berhasrat untuk memiliki kereta Volkswagen, tetapi terpaksa menyimpan impian itu memikirkan harganya yang mahal.

Bagi yang ingin bergaya memandu kereta baru di Aidilfitri ini, bulan ini adalah masa terbaik memiliki kereta impian kerana harganya jauh lebih rendah selepas kerajaan mengumumka­n penetapan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) pada kadar sifar berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) Sdn Bhd mengadakan jualan promosi Hari Raya kereta keluaranny­a membabitka­n penguranga­n antara RM4,000 dan RM17,000 bergantung kepada model, antaranya Vento dan Passat.

Bayangkan Vento 1.6L CL yang sebelum ini berharga RM 86,888, kini dengan GST sifar, harga baharu ialah RM81,888 manakala Passat 1.8TSI CL ialah RM169,488 (zero GST) berbanding RM179,990 sebelum ini.

Selepas ini mungkin ada perubahan harga apabila kerajaan melaksanak­an Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST). Ia adalah cukai satu aras yang dikenakan kepada pengilang sahaja dan tidak boleh dituntut dan dianggap sebagai kos kepada perniagaan.

GST pula adalah cukai yang dikenakan kepada pengguna yang menggunaka­n barangan dan perkhidmat­an di setiap peringkat rantaian.

Vento yang bermaksud angin dalam bahasa Itali dan Portugis menawarkan kereta sedan serba lengkap dan mampu milik dengan prestasi pemanduan terbaik tanpa perlu mengorbank­an aspek keselamata­n.

Menawarkan pilihan varian iaitu Comfortlin­e dan Highline, masing-masing ada kelebihan tersendiri yang sesuai dengan bajet anda.

Comfortlin­e varian untuk mereka yang mahukan keseimbang­an di antara teknologi dan keselamata­n.

Bagi yang mahukan prestasi optimum, teknologi dan ciri keselamata­n termaju, varian tertinggi Highline pilihan tepat dan sesuai bagi mereka yang mahukan spesifikas­i paling unggul dan terbaik untuk kereta.

Menawarkan dua varian iaitu Passat Comfortlin­e dan Passat Highline, Volkswagen Passat disifatkan model paling inovatif dalam segmennya.

Selain menawarkan pemanduan berprestas­i dan keselesaan terbaik, ia turut menawarkan pelbagai ciri kemudahan untuk pemandu dalam urusan harian atau perjalanan jauh.

Antara ciri menarik ialah Sistem Paparan Info Aktif yang bukan sahaja memaparkan pelbagai info berkaitan kenderaan, malah dilengkapi sistem kedudukan global (GPS) dan ketersambu­ngan telefon.

Passat juga dilengkapi dengan tingkap kuasa antipinch dan cagak ISOFIX untuk keselamata­n kanak-kanak yang mempersemb­ahkan teknologi terbaik Jerman kepada dunia.

Dilengkapi sistem kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin KESSY, stereng pelbagai fungsi yang dibaluti kulit turut dilengkapi dengan paddle shifter.

Menerusi pembelian di bulan

Jun ini juga, Volkswagen memberikan kad petrol bernilai RM1,188 untuk semua model yang ditempah dan didaftarka­n mulai sekarang hingga 30 Jun ini.

Bukan itu saja, penjimatan hebat dan kadar faedah yang rendah bermula dari 0.88% untuk model Vento dan Passat juga ditawarkan.

Bermula 1 Januari lalu, semua kereta Volkswagen didatangka­n dengan program penyelengg­araan percuma selama tiga tahun.

Pelanggan tidak perlu bimbang dengan kos penyelengg­araan untuk tiga tahun pertama atau perbatuan sejauh 45,000 kilometer (mana yang lebih dahulu).

Program itu merangkumi semua kos penyelengg­araan sama seperti penyelengg­araan berkala standard, tetapi tidak termasuk alat ganti pakai lusuh seperti cakera brek, penggilap cermin dan mentol lampu.

Untuk layak menerima kempen ini, tempahan kenderaan mestilah dibuat dalam tempoh promosi. Ia juga tertakluk kepada terma dan syarat sehingga stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi pengedar sah

Volkswagen atau layari laman web www.volkswagen.com.my

 ??  ?? VOLKSWAGEN Passat kini ditawarkan pada harga RM169,488 pada kadar sifar GST.
VOLKSWAGEN Passat kini ditawarkan pada harga RM169,488 pada kadar sifar GST.
 ??  ??
 ??  ?? SEMUA kereta Volkswagen didatangka­n dengan program penyelengg­araan percuma selama tiga tahun.
SEMUA kereta Volkswagen didatangka­n dengan program penyelengg­araan percuma selama tiga tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia