Harian Metro

LELONG TENGAH MALAM

- Syanty Octavia Amry dan Nor Ain Mohamed Radhi cnews@nstp.com.my

Peniaga buat jualan murah Aidilfitri habiskan baki barang

Kuala Lumpur

Hari terakhir Ramadan pastinya menjadi pilihan warga kota mencari barangan yang mereka inginkan dengan harga yang jauh lebih murah.

Tidak hanya pembeli, peniaga turut mengambil peluang membuat jualan lelong bagi menghabisk­an baki barangan jualan masing-masing.

Tinjauan di Jalan Tuanku Abdul Rahman mendapati rata-rata peniaga sibuk mempromosi­kan barangan masing-masing dengan harga durian runtuh.

Peniaga baju Melayu,

Muhd Khairul Anuar Mahmud, 26, berkata, walaupun sambutan tidak semeriah tahun sebelum ini namun gembira dapat menghabisk­an stok barangan yang disediakan.

“Setiap tahun memang saya berniaga di sini.

Jika tahun lalu suasana meriah dengan sejak pagi orang ramai mula membanjiri kawasan ini.

“Tetapi, kali ini sambutan agak kurang dan tidak pasti mengapa. Menjadi rutin memang malam raya saya dan pasukan akan lelong murah baju Melayu dan songket untuk memastikan stok habis segera,” katanya.

Peniaga kuih, Muhammad Arif Azmi, 18, berkata, dia juga merasai sambutan yang kurang memberangs­angkan tahun ini. Tidak pasti mengapa, namun begitu suasana sedikit hambar tahun ini berbanding tahun lalu.

“Saya bimbang juga melihat sambutan yang kurang ini, justeru, seminggu sebelum raya saya buat promosi jualan murah. Biasanya kuih sebalang RM25 hari ini saya jual tiga balang RM50.

“Biasanya tahun lalu semua kuih habis dijual dan harapan saya tahun ini begitu juga,” katanya.

Bagi peniaga tudung,

Ratna Dewi Zainudin, 50, berkata, hari terakhir Ramadan adalah peluang untuknya berkampung di sini berikutan orang ramai mula memenuhi segenap ruang di sini.

“Hari-hari terakhir biasanya saya memang bagi diskaun terutama jika mereka membeli lebih daripada dua helai.

“Kadang-kadang orang ramai hanya jalan-jalan sekadar mencuci mata dan apabila saya buat jualan lelong barulah mereka membeli,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ORANG ramai mengerumun­i Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk membeli-belah pada saat akhir, semalam.
ORANG ramai mengerumun­i Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk membeli-belah pada saat akhir, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia