Harian Metro

Kepala berbungkus

- Muhamaad Razis Ismail news@nstp.com.my

 Peniaga berdepan hukuman mati selepas dituduh membunuh kontraktor bersama rakan di kebun sayur

Seorang peniaga berdepan hukuman mati selepas dituduh membunuh seorang kontraktor, tujuh tahun lalu.

Tertuduh Syaiful Afikin Mohd Firus, 41, hanya mengangguk faham terhadap pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret, semalam. Bagaimanap­un, tiada sebarang pengakuan direkodkan terhadap tertuduh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa bersama-sama membunuh Saw Yiew Siang, 56, di kebun dekat Kampung Kubang Palas, Binjai antara jam 8 malam, 3 Oktober 2011 dan jam 7.30 pagi, 4 Oktober 2011.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Hamidah Mahmood manakala tertuduh diwakili peguam Azahir Nasir.

Mahkamah tidak membenarka­n tertuduh diikat jamin dan menetapkan 5 Ogos depan untuk laporan bedah siasat mangsa.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang kontraktor ditemui mati dalam keadaan menyedihka­n apabila kepalanya dibungkus dengan kain manakala kedua-dua belah tangannya diikat ke belakang di kebun di Kampung Kubang Palas, Binjai.

Mayat ditemui sepasang suami isteri ketika mereka hendak mengutip sayur-sayuran di kebun itu.

Terdahulu, di Mahkamah Sesyen, tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memiliki kerambit tanpa kebenaran di hadapan kedai runcit, Jalan Rambutan Rendang, Panji, pada jam 3.30 pagi, 11 Jun 2018.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun atau denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

 ??  ?? SYAIFUL dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Kota Bharu, semalam.
SYAIFUL dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia