Harian Metro

Gesa siasatan terbuka

- Syuhada Choo Abdullah choo@nstp.com.my

 Dakwaan monopoli ubat sangat serius boleh ancam nyawa

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa siasatan terbuka dan telus dilakukan terhadap dakwaan monopoli bekalan ubat bernilai berbilion ringgit membabitka­n individu ternama.

Presidenny­a, Dr Ravindran Naidu berkata, perkara itu sangat serius kerana bukan saja boleh mengancam nyawa dan kesihatan rakyat, tetapi juga asas teras di negara ini.

Katanya, dakwaan pembabitan individu ternama dikaitkan dengan pihak ketiga dan syarikat hingga mengakibat­kan peningkata­n kos ubat-ubatan dibekal kepada kerajaan dengan kawalan eksklusif dan eksploitas­i rantaian bekalan, sangat membimbang serta menyedihka­n.

Dalam konteks ini, beliau berkata, individu ternama dikaitkan dengan kerajaan dan pihak kerajaan sendiri, tidak harus terbabit dalam industri lumayan pembekalan ubat-ubatan serta perkhidmat­an kesihatan.

“Kewujudan dan pembabitan individu atau entiti berkaitan kerajaan itu hanya akan meningkatk­an kemungkina­n berlaku konflik kepentinga­n di mana rantaian bekalan, undang-undang dan peraturann­ya mungkin memanfaatk­an pihak tertentu atau dikompromi­kan.

“Akibat keadaan itu ialah kos meningkat, akses berkuranga­n, malah menafikan hak asasi rakyat terhadap penjagaan kesihatan yang termaktub di dunia sebagai hak asasi manusia. Ini boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan dan nyawa rakyat Malaysia.

“Justeru, penting untuk proses tender ubat-ubatan kerajaan dilakukan secara telus, bertanggun­gjawab dan terbuka kepada semua pemegang taruh.

Harga tender pemeroleha­n ubat-ubatan harus dipamerkan kepada awam,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

 ??  ?? DR Ravindran
DR Ravindran

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia