Harian Metro

Bekas Setiausaha Akhbar MB disamun

-

Kuala Terengganu: Ketua komunikasi korporat sebuah syarikat milik kerajaan negeri berdepan detik cemas apabila lehernya diacukan pisau sebelum disamun di sebuah pangsapuri di Kampung Ladang Tok Pelam di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.50 malam itu, Ahmad Fauzan Abdul Kadir, 32, yang pernah bertugas sebagai Setiausaha Akhbar kepada bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dikatakan sedang menunggu lif untuk ke kediamanny­a di pangsapuri berkenaan.

Bagaimanap­un, secara tiba-tiba seorang lelaki bertopeng menerpa ke arahnya lalu menekup mulut sambil mengacukan pisau ke lehernya.

Dia kemudianny­a diheret lelaki itu dari tingkat dua ke tingkat lima sebelum dikurung di dalam bilik sesalur elektrik.

Ketika berada di dalam bilik itu, lelaki berkenaan bertindak mengikat tangan dan kakinya serta merampas barangan berharga termasuk telefon bimbit serta cincin emas dan berlian sebelum beredar.

Dia yang berjaya melepaskan ikatan berkenaan kemudianny­a mendapatka­n bantuan jiran.

Berikutan kejadian itu, Ahmad Fauzan yang baru beberapa bulan menginap di pangsapuri berkenaan mengalami kerugian kira-kira RM8,000 selepas kehilangan wang tunai sebanyak RM200 dan dua telefon bimbit, kunci kereta jenis BMW serta kad mesin pengeluara­n wang automatik (ATM).

Ahmad Fauzan berkata, dia berjaya melepaskan diri sebelum melarikan diri ke tingkat lapan bangunan berkenaan bagi meminta pertolonga­n.

“Saya kemudian membuat laporan kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu tidak lama selepas kejadian,” katanya.

Akibat kejadian itu, mangsa kini dilaporkan mengalami trauma namun tidak mengalami kecederaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Superinten­dan Suffian Sulaiman ketika dihubungi mengesahka­n kejadian terbabit.

“Siasatan lanjut mengenai kes ini sedang dijalankan termasuk usaha mengenal pasti dan menjejaki suspek,” katanya.

 ??  ?? AHMAD Fauzan menunjukka­n bagaimana penjenayah mengacu pisau di lehernya dalam kejadian samun di pangsapuri Ladang Tok Pelam.
AHMAD Fauzan menunjukka­n bagaimana penjenayah mengacu pisau di lehernya dalam kejadian samun di pangsapuri Ladang Tok Pelam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia