Harian Metro

ICQS Pengkalan Kubor sesak sejak seminggu lalu

-

Sejak seminggu lalu pengangkut­an bot dan feri di Kompleks Imigresen Kastam Kuarantin dan Keselamata­n (ICQS) Pengkalan Kubor di sini, sesak dengan orang ramai yang pulang beraya di Thailand.

Tinjauan mendapati dua laluan disediakan iaitu terminal bot untuk orang ramai yang tiada kenderaan manakala feri pula untuk mengangkut kenderaan menyeberan­g ke Sungai Golok dipenuhi dengan penumpang.

Tambang yang dikenakan untuk perkhidmat­an itu antara 50 sen hingga RM1.20 bagi bot manakala feri pula RM5 untuk sebuah kenderaan.

Kaunter permohonan dokumen perjalanan pas sempadan dan pasport di tingkat atas pejabat imigresen turut dipenuhi orang ramai yang ingin pulang beraya.

Ketua Unit Perancanga­n Strategik dan Khidmat Korporat Jabatan Imigresen Kelantan (Imigresen) Timbalan Penolong Pengarah Kanan Imigresen Mohd Hashidan Musa berkata, sejak empat hari lalu permohonan membuat dokumen perjalanan pas sempadan dan pasport meningkat hampir dua kali ganda berbanding hari biasa.

“Sejak Ahad lalu sehingga semalam (kelmarin) kami menerima 4,249 permohonan untuk keluar dari Malaysia ke Thailand.

“Jika pada hari biasa, setiap hari kakitangan yang bertugas di kaunter dokumen perjalanan pas sempadan hanya mengecop dalam 10 dokumen saja namun sejak minggu lalu, ia meningkat kepada lebih 100,” katanya ketika ditemui di terminal bot di sini, semalam.

 ??  ?? ORANG ramai terutama warga Thailand pulang beraya dengan menaiki pengangkut­an bot dan feri di ICQS Pengkalan Kubor.
ORANG ramai terutama warga Thailand pulang beraya dengan menaiki pengangkut­an bot dan feri di ICQS Pengkalan Kubor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia