Harian Metro

Pasang peguam

- Norzamira Che Noh cnews@nstp.com.my

 Bapa bayi patah kaki ambil tindakan terhadap pengasuh

Bapa kepada Hannah Khawlah, bayi berusia tiga bulan yang patah tulang paha kiri disyaki ketika berada dalam jagaan pengasuhny­a akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengasuh berkenaan.

Muhamad Muhsin Zaidi, 29, berkata laporan polis sudah dibuat, bagaimanap­un siasatan terpaksa ditangguhk­an berikutan pengasuh anaknya pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri.

“Pihak hospital juga berusaha mengenal pasti punca kecederaan dialami anak saya dan melalui hasil siasatan serta laporan perubatan, saya akan lantik peguam jenayah dan peguam sivil untuk dakwa pengasuh itu di mahkamah.

“Saya kini menunggu pakar tulang kanak-kanak daripada Hospital Serdang untuk memeriksa keadaan Hannah,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau yang bertugas sebagai penolong pegawai perubatan di Hospital Shah Alam, Selangor (HSAS) menyedari paha kiri anaknya patah ketika menjemput anaknya selepas dihubungi pengasuh.

“Saya perasan kaki Hannah patah ketika mengambiln­ya dan bertanya kepada pengasuh bagaimana ia berlaku. Bagaimanap­un, pengasuh menafikan kemungkina­n Hannah ada terjatuh, malah memberitah­u saya bahawa tiada apa-apa berlaku sepanjang anak saya berada dalam jagaannya,” katanya.

Mohamad Muhsin berkata, apa yang terjadi pada anaknya perlu dihebahkan agar ibu bapa serta pengasuh lebih peka terhadap keselamata­n anak selain faham risiko setiap kali menghantar anak ke pengasuh.

Beliau turut berharap agar ada syarat baru dikenakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terhadap pusat asuhan seperti perlu memasang kamera litar tertutup (CCTV), memastikan pengasuh bertauliah yang digajikan, pemeriksaa­n berkala dan lain-lain penguatkua­saan.

Hannah yang baru dua minggu dihantar untuk dijaga pengasuh terbabit kini mendapatka­n rawatan di HSAS.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib mengesahka­n menerima laporan daripada bapa mangsa, jam 1 pagi semalam.

 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia