Harian Metro

Hanya Allah yang tahu

-

Mengapa maksiat masih berleluasa pada bulan Ramadan sedangkan semua syaitan sudah dirantai?

Fadli, Shah Alam

Memang benar pada bulan Ramadan syaitan dibelenggu sebagaiman­a sabda Nabi SAW antaranya dalam riwayat al-Bukhari: “Apabila masuknya, maka pintu-pintu syurga dibuka, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.”

Namun mengapa masih berlaku lagi maksiat di mana-mana? Sebahagian ulama menjawab maksud syaitan yang dibelenggu itu merujuk kepada syaitan yang ganas.

Ia berdasarka­n hadis riwayat al-Tirmizi, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila tiba awal malam bulan Ramadan, syaitan-syaitan dan jin-jin yang ganas dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup dan tiada satu pintu pun yang dibuka. Pintu-pintu syurga pula dibuka dan tiada satu pun yang ditutup.”

Justeru, yang disebut syaitan dibelenggu ini bukanlah bermaksud keseluruha­n syaitan, tetapi syaitan yang ganas, besar dan yang suka menentang sebagaiman­a yang disebut oleh Ibn Khuzaimah.

Maksiat pada bulan Ramadan bukan saja berlaku pada orang lain, kemungkina­n diri kita sendiri masih susah dan berat untuk mengerjaka­n ibadat dan menghindar­i maksiat.

Sudah tentu Nabi SAW tidak berdusta kerana Baginda bersifat as-Shadiq (orang yang benar) dan alMashduq (wajib dibenarkan).

Menurut Ibnu Hajar dalam Fathul Bari, maksud dibelenggu syaitan ialah gangguan syaitan berkuranga­n hanya terhadap orang yang berpuasa yang menjaga adab puasa dan syaratnya.

Yang dibelenggu hanyalah syaitan ganas seperti dinyatakan dalam sebahagian riwayat.

Atau yang dimaksudka­n ialah berkuranga­n kejahatan pada bulan Ramadan. Itu perkara yang dapat dirasai kerana kejahatan pada bulan Ramadan berkuranga­n berbanding bulan-bulan lain.

Apabila semua syaitan dibelenggu tidaklah menjadi

 Maksiat berlaku pada Ramadan walaupun syaitan dirantai Apabila tiba awal malam bulan Ramadan, syaitansya­itan dan jin-jin yang ganas dibelenggu, pintupintu neraka ditutup dan tiada satu pintu pun yang dibuka. Pintu-pintu syurga pula dibuka dan tiada satu pun yang ditutup”

Hadis riwayat al-Tirmizi

sebab tidak berlakunya kejahatan dan maksiat. Kejahatan dan maksiat turut didorong faktor lain.

Kemungkina­n ia daripada nafsu yang kotor dan syaitan dalam kalangan manusia. Sebagaiman­a firman Allah dalam Surah an-Naas yang bermaksud: “Daripada kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembuny­i yang membisikka­n kejahatan ke dalam dada manusia daripada (golongan) jin dan manusia.”

Ada manusia sebelum bulan Ramadan sudah terbiasa mengikut nafsu yang buruk dan keji. Apabila masuk bulan Ramadan, tabiat itu masih terbawa-bawa walaupun syaitan dibelenggu.

Justeru, kita perlu buang dalam diri sifat syaitan seperti suka mengumpat, mengeji, sombong, membazir dan seumpamany­a.

Iyadh berkata, ada kemungkina­n maknanya sebagaiman­a yang zahir iaitu sebagai tanda bagi malaikat masuknya bulan Ramadan supaya mereka mengagungk­an kesucianny­a dan melarang syaitan mengganggu orang beriman.

Mungkin juga maksudnya sebagai simbol banyaknya pahala dan pengampuna­n. Berkurangn­ya gangguan syaitan seolah-olah mereka dibelenggu.

Apa yang menguatkan kemungkina­n adalah yang kedua iaitu dalam hadis riwayat Muslim pada ungkapan ‘pintu-pintu rahmat dibuka.’

Kemungkina­n juga makna syaitan dibelenggu itu dilemahkan syaitan menggoda dan menghias syahwat. Namun, lebih tepat adalah pendapat pertama iaitu makna yang zahir sebagaiman­a dinyatakan dalam kitab Fathul Bari.

Kesimpulan­nya, Allah SWT lebih mengetahui hakikatnya. Sebagai seorang Muslim, kita wajib beriman dan membenarka­nnya kerana ia termasuk dalam perkara ghaib serta tidak perlu membincang­kannya dengan lebih terperinci.

Sikap itu lebih menyelamat­kan agama seseorang dan lebih baik kesudahann­ya. Mohonlah keampunan kepada Allah SWT supaya Allah memberi kekuatan menahan diri daripada melakukan perkara buruk yang biasa dilakukan sebelum ini.

Penulis ialah pendakwah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia