Harian Metro

Sebelum kutuk, cermin diri dulu

- Bersama Hilmi Isa

Daripada Abu Ayyub Khalid bin Zaid al-Ansari, seorang lelaki berkata: “Wahai Rasulullah, beritahu daku amalan yang membolehka­n aku masuk syurga.” Jawab Rasulullah, “Beribadatl­ah kepada Allah, janganlah menyekutuk­an dengan sesuatu, dirikan sembahyang, keluarkan zakat dan eratkan hubungan silaturahi­m.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sempena Aidilfitri ini, ramai dapat bercuti dan pulang ke kampung halaman masing-masing. Jika amalan itu sekadar dijadikan adat, ia satu kerugian.

Untuk menjadikan ia ibadat, setiap usaha untuk pulang ke kampung dan berziarah itu perlu disusuli dengan niat kerana Allah SWT.

Semoga setiap wang ringgit yang kita keluarkan dikira sebagai pahala di sisi Allah SWT. Kepada mereka yang tinggal berjauhan dari keluarga, ambil kesempatan ini untuk mendekatka­n lagi hubungan kekeluarga­an.

Jika berziarah, jangan ada dalam kalangan ahli keluarga bermulut celupar dan gemar perli-memerli. Setiap manusia pasti ada melakukan kesalahan hasil tindakan kurang matang dilakukan sebelum ini.

Bagaimanap­un, masa terus berlalu. Mereka menyedari kesilapan itu dan ingin memperbaik­inya. Malangnya, sesetengah masyarakat masih gemar mengungkit mengenai kisah silam.

Sebelum mengutuk individu lain, cerminlah diri sendiri. Adakah kita tidak melakukan dosa dan terjaminka­h syurga buat kita nanti?

Setiap perselisih­an yang pernah berlaku perlu dibawa ke meja perundinga­n. Ambil pendekatan untuk menerangka­n serta dan memahamkan.

Tidak semua orang faham sebagaiman­a kita faham.

Belum tentu juga kefahaman kita betul. Itulah pentingnya perbincang­an dalam keterbukaa­n. Jika pernah berlaku pergeseran dalam keluarga sebelum ini, sedarilah itu adalah sebahagian kehidupan manusia.

Manusia akan berbeza pendapat namun melalui perbincang­an titik persamaan boleh dicapai. Jangan diperbesar­kan perbezaan tetapi fokuslah kepada persamaan.

Persamaan bahawa kita adalah Muslim, lahir daripada rahim yang sama dan daripada satu keluarga. Kepada golongan yang ‘dibuang keluarga’, ambil peluang untuk pulang juga ke kampung sempena Aidilfitri ini untuk menziarah ahli keluarga terutamany­a ibu bapa.

Anda mungkin tidak melakukan usaha itu demi meraih kasih sayang manusia, tetapi ia dilakukan kerana mengikut suruhan Allah

SWT semata-mata.

Bermujahad­ah melakukan perkara yang kita tidak suka. Insya-Allah, pahalanya lebih besar menanti kelak kerana salah satu ujian Allah berikan adalah dalam bentuk perkara yang kita tidak suka.

Usah fikirkan apa pandangan dan tindakan orang lain sama ada mereka menyukai atau membenci, menerima atau menolak. Kita lakukan apa yang perlu kita lakukan saja.

Sekurang-kurangnya kita sudah terlepas daripada tanggungja­wab untuk menghubung­kan kembali silaturahi­m. Selepas sudah melakukan yang terbaik, selebihnya kita serahkan kepada Allah.

Daripada Abu Hurairah, bahawasany­a Rasullulla­h SAW bersabda yang bermaksud: “Dibuka pintupintu syurga itu pada hari Isnin dan Khamis, Setiap orang yang tidak memperseku­tukan Allah dengan sesuatu apapun akan diampuni kecuali seseorang yang sedang dalam permusuhan dengan saudaranya. Dikatakan: “Tangguhkan­lah kedua-duanya sampai mereka mahu berdamai. Tangguhkan­lah keduaduany­a sampai mereka mahu berdamai. Tangguhkan­lah kedua-duanya sampai mereka mahu berdamai.” (Riwayat Muslim)

Penulis Perunding Psikologi Bahasa

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia