Harian Metro

DIKEJAR ‘MAT BANGLA’

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@ hmetro.com.my

Pertama kali bekerja pada Aidilfitri tentunya memberikan pengalaman baru. Itu yang dialami penyanyi dan pelakon, Nabila Razali apabila ‘terpaksa’ bekerja pada hari raya pertama.

Nabila berkata, banyak perkara dalam hidupnya berubah tahun ini.

Jadual kerjanya semakin padat hingga pada hari raya pertama pun dia terbabit persembaha­n.

“Tapi ia tidak membuatkan saya rasa terkilan atau sedih kerana keluarga pun berada di Kuala Lumpur,” katanya.

Nabila yang baru pulang dari Turki selepas menjalani penggambar­an drama Cintaku di Bumi Izmir sejak Mac lalu berkata, dia bersyukur kerana rezeki yang diberikan kepadanya.

“Penat lelah saya terbayar apabila melihat hasilnya pada hari ini. Saya sendiri pun tak sangka rezeki saya mencurah-curah dalam tahun ini.

“Jadi, apa sangat rasa penat itu jika dibandingk­an dengan rezeki yang diberikan Allah kepada saya,” katanya.

Ditanya mengenai memori Aidilfitri, penyanyi berusia 26 tahun ini bercerita mengenai kisah di zaman kanak-kanaknya.

“Ketika kanak-kanak, saya tak ramai kawan dan cuma ada dua kawan baik. Jadi, ketika berusia 12 tahun, kami seperti kanak-kanak lain keluar beraya menaiki basikal.

“Disebabkan memakai baju kurung, jadi tak berapa selesa untuk mengayuh. Jadi, saya memilih untuk turun dan menolak basikal saya.

“Nak dijadikan cerita, ada beberapa warga Bangladesh yang memerhati dengan pandangan yang mencurigak­an. Mereka tiba-tiba mengejar saya. Mujur kawan-kawan saya yang sudah berada di depan menyedarin­ya dan meminta saya segera menaiki basikal,” katanya.

Katanya, itu adalah kenangan menakutkan yang sentiasa bermain di fikirannya.

Ditanya mengenai Aidilfitri tahun ini, Nabila bersyukur kerana mendapat tajaan pakaian daripada Primavalet.

“Alhamdulil­lah, sebagai duta Primavalet, saya diberikan beberapa pakaian dan itu juga adalah rezeki buat saya,” katanya.

 ??  ?? Nak dijadikan cerita, ada beberapa warga Bangladesh yang memerhati dengan pandangan yang mencurigak­an. Mereka tiba-tiba mengejar saya
Nak dijadikan cerita, ada beberapa warga Bangladesh yang memerhati dengan pandangan yang mencurigak­an. Mereka tiba-tiba mengejar saya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia