Harian Metro

Manfaat lawat muzium

-

Muzium Tanah, Jabatan Pembanguna­n Tanah, Thailand yang memaparkan koleksi profil tanah daripada seluruh pelosok negara itu.

“Profil tanah ini menggambar­kan keadaan dan komposisi tanah di Thailand khususnya untuk rujukan pengurus tanah serta orang ramai yang berminat untuk memahami kesuburan tanah selain mengetahui kesesuaian penanaman.

“Selain itu, muzium pertanian mereka yang dikenali sebagai ‘Golden Jubilee of Agricultur­e’ turut memaparkan garis masa pertanian di negara gajah putih itu.

“Ia menjawab persoalan mengapa Thailand begitu obses dengan pertanian walaupun mereka melaksanak­annya melalui kaedah konvension­al.

Ini kerana hampir 90 peratus petani di negara itu mengamalka­n pertanian tradisiona­l,” katanya.

Ketua pelajar LARM UPM, Wan Abdul Hadi berkata, penggunaan teknologi terkini boleh membantu meningkatk­an produktivi­ti hasil pertanian.

“Namun rakyat Thailand membuktika­n penggunaan tanah pertanian dengan optimum dan dibangunka­n secara lestari dapat menjamin kedaulatan makanan mereka.

“Pelaburan dalam jentera atau peralatan yang terkini tidak semestinya memberi pulangan keuntungan seperti yang diimpikan. Paling penting adalah pembanguna­n insan iaitu kesungguha­n dan keazaman petani untuk menjana hasil tani mengikut amalan pertanian baik di kebun atau tanah mereka,” katanya.

Menurutnya, terdapat peluang perniagaan yang disediakan kepada rakyat untuk menjadi usahawan. Antara yang paling berjaya adalah Royal Project Shop sebuah pusat pengumpula­n dan pengedaran produk berasaskan pertanian yang menjadi tarikan pelancong.

“Lawatan dalam dan luar negara adalah salah satu komponen penting dalam kursus LARM yang memberi peluang kepada penuntut untuk melihat serta membuat perbanding­an pengurusan sumber tanah,” katanya.-Mohamad Hussin

 ??  ?? PENUNTUT LARM teruja melihat hasil padi antara tanaman penting bagi masyarakat Thailand.
PENUNTUT LARM teruja melihat hasil padi antara tanaman penting bagi masyarakat Thailand.
 ??  ?? TANAMAN padi juga dipamer di Muzium Pertanian di Thailand.
TANAMAN padi juga dipamer di Muzium Pertanian di Thailand.
 ??  ?? PENUNTUT LARM tekun mendengar ucapan Prof Kanisak.
PENUNTUT LARM tekun mendengar ucapan Prof Kanisak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia