Harian Metro

PANTAS BERSIH KERANG

- Omar Ahmad rencana@hmetro.com.my

Sistem Molluscure hanya

makan masa 3 jam

Kerang kini antara makanan laut yang semakin digemari selain kupang dan tiram.

Rasanya yang manis menjadikan hidupan laut itu mendapat permintaan tinggi membuatkan harganya mampu mencecah hingga RM15 sekilogram.

Disebabkan permintaan tinggi, Universiti

Teknologi Malaysia (UTM) menghasilk­an sistem Molluscure kerang selepas melakukan penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) selama enam tahun mulai 2011.

Penyelidik dari Jabatan Kimia Fakulti Sains UTM, Dr Faizuan Abdullah berkata, sistem itu bagi membantu meningkat, mempercepa­tkan proses pembersiha­n serta pengeluara­n kerang yang mencapai piawaian dan standard eksport.

Katanya, sistem ini mempunyai dua langkah yang hanya memakan masa tiga jam.

“Malah, dalam tempoh itu, sistem ini boleh membersihk­an kerang hingga satu tan metrik.

“Pada mulanya, kerang dimasukkan dalam tangki pertama yang membuang benda asing dan membunuh bakteria.

“Seterusnya untuk proses kedua, kerang dimasukkan ke tangki kedua selama dua jam setengah untuk menyingkir­kan logam toksik sebelum boleh diangkat dan dijual,” katanya.

Menurut Dr Faizuan, sistem ini lebih efisien berbanding kaedah konvension­al iaitu depurasi kerang (pembersiha­n dari logam) yang dilakukan Jabatan Perikanan (DOF).

“Depurasi kerang mengambil masa minimum satu hari dan boleh mencapai hingga tempoh seminggu untuk membersihk­an kerang daripada bakteria dan logam toksik.

“Sistem Molluscure adalah salah satu projek di bawah Institut Inovasi Strategik Johor (IISJ) yang diperkenal­kan kepada penternak kerang di 12 pangkalan komuniti nelayan di Ayer Baloi, Pontian, Johor, membabitka­n 200 nelayan pencedok kerang.

“Mollucure adalah sistem yang direka cipta untuk menyingkir­kan logam toksik daripada spesies moluska seperti kerang, kupang dan tiram. Ia bagi menepatkan piawaian kandungan logam yang dibenarkan standard seperti Akta Makanan Malaysia 1985,” katanya.

Katanya, kelebihan teknologi ini mampu mengurangk­an risiko penyakit, mengekalka­n tahap kesegaran kerang dan saiz yang lebih besar hingga 25 milimeter (mm).

“Teknologi ini didedahkan kepada nelayan penternak sasar iaitu nelayan penternak spesies moluska terutama kerang yang mempunyai potensi pasaran luas.

“Kerajaan Johor memberi peruntukan tambahan kepada UTM dan IISJ sebanyak RM400,000 bagi melaksanak­an projek rawatan kerang yang diumumkan mantan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohammed Khaled Nordin ketika lawatan kerja ke Parlimen Pontian pada April tahun lalu.

“Kini pihak UTM dalam pembuatan sistem Molluscure kupang pula. Kupang dan tiram juga perlu pembersiha­n bakteria dan logam toksik sebelum dijual atau dieksport,” katanya.

Beliau berkata, sistem Molluscure kerang, mereka meletakkan di kawasan nelayan di

Ayer Baloi, Pontian dan menyerahka­n kepada Pejabat Daerah Pontian untuk penyelengg­araan selepas setahun sistem itu beroperasi.

Sementara itu, nelayan penternak kerang,

Nordin Mohd Kanchil, 53, berkata, sistem berkenaan banyak membantu komuniti sepertinya dalam meningkatk­an sumber pendapatan.

Katanya, kerang dikeluarka­n melalui sistem ini juga bersih dan bebas dari lumpur yang biasanya terdapat dalam kerang.

“Alhamdulil­lah, saya menyokong sistem ini sebab ia memudahkan kami dan pendapatan juga bertambah.

“Apa yang penting kerang ini bersih, ramai nelayan dari tampok dan persisirny­a menggunaka­n sistem ini serta mereka juga suka.

“Kadang-kadang permintaan melebihi pengeluara­n kerana kerang memerlukan tempoh hampir setahun untuk membesar bermula dari biji benih,” katanya.

 ??  ?? SISTEM Molluscure kerang yang diletakkan di perkampung­an nelayan Ayer Baloi, Pontian memudahkan lebih 200 nelayan penternak kerang menggunaka­nnya.
SISTEM Molluscure kerang yang diletakkan di perkampung­an nelayan Ayer Baloi, Pontian memudahkan lebih 200 nelayan penternak kerang menggunaka­nnya.
 ??  ?? PROSES penggredan kerang mengikut saiz.
PROSES penggredan kerang mengikut saiz.
 ??  ?? KEADAAN kerang selepas melalui proses pembersiha­n.
KEADAAN kerang selepas melalui proses pembersiha­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia